as'salam. pagi. bangun pagi bukan perkara yang luar biasa bagi golongan yang memang bangun2 dah kena pergi kerja awal. tapi jadi berbeza kalau dah hari minggu sabtu ahad. sebolehnya, paling lambatlah nak bangun pagi.
kenapa mesti macam nih? tapi, tuh bagi golongan yang bekerja. gologan pelajar? macam mana pulak? tabiat stay sampai lewat malam memang dah biasa dalam kalangan pelajar2 universiti khasnya.
apa yang kita buat? ya, aku pun termasuk sekali. tapi, tuh dulu. tidak lagi sekarang. cuba bersama kita ambil langkah tidur awal. pergh! best gila kot. dalam pukul 10 dah tido, bangunlah sebelum subuh. 5 pagi.
"Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi"
tapi kenapa ngantok jugak pagi? ya. sebab kita dah pilih untuk tidur lambat pada malam hari. macam mana nak berpagi2. memanglah ngantok. tapi, kalau dah tidur awal, still ngantok jugak, something wrong lah kot. mungkin penat.
- lepas bangun je, mandi! bagi segar sikit.
- dah mandi, kalau ada kelapangan sebelum masuk subuh, buatlah solat sunat apa2 yang patot.
- then, solat subuh.
- mengaji. baca tafsir pun ok.
- lepas tuh, senam sikit. ringan2 pun ok.
- kemas bilik. ya, boleh ilangkan ngantok.
- dah cerah sikit cuaca, pergi lah breakfast. buat sendiri pun boleh.
- then, bersembang dengan rakan. atau dengar radio pun ok.
- kalau ada kerja2 lain, assignment buat lah time pagi2.
- lepas tuh tidur lah sekejap sebelum masuk waktu zuhur.
cubalah amal. dalam masa 21 hari kita semua istiqamah buat benda2 nih, insyallah lama2 jadi amalan. kalau tak nak, ia bukan paksaan. hehe.