Blog Fendi Islam: Bila Hati Bertasbih

G.E.N.G

May 31, 2012

Bila Hati Bertasbih


selamat petang. 'bukan tasbih namanya jika hanya terdiri daripada satu butir. dan butir itu adalah ujian, cabaran, kekuatan, ketabahan dan segalanya tentang kehidupan.' petikan suara seorang hambaNya.

kadang2 bila hati kita mendekati Dia, lebih tenang dan tenteram jiwa kita selaku hamba. ia, lebih tenang. kita selaku hamba, Dia lebih suka kita mendekati dia. bukan semakin jauh.

dalam kehidupan sekarang, En Tapi sendiri sedar banyak ujian dan rahmat yang diberi. namun, bebaskah kita dengan belenggu dosa? apabila hati bertasbih:
  1. jiwa semakin tenang mendekati pencipta kita.
  2. kita lebih mengakui banyak salah kita daripada banyak memberi alasan.
  3. kita tahu itu adalah salah dan kita nekad meninggalkan.
  4. kerinduan pada istiqamah dalam kebaikan.
  5. kecintaan kita pada persaudaraan yang berserikan iman.
  6. kita pantas memohon taubat.
  7. kita lupa kisah duka lara dan seksa hidup yang lalu.
  8. mendekati insan2 yang lebih mulia supaya mampu memimpin.
  9. kesyukuran lebih dinikmati kerana kita faham erti nikmat diberi.
  10. mohon doa dan diampunkan dosa2 silam yang tidak ingin diulangi lagi
buat hidup En Tapi sendiri, kita memang tidak lari dari dosa. kita bukan bersifat maksum. tapi itu bukan alasan untuk tidak kita meraih kebaikan. sekali kita lupa, lalai, kita bertaubat. dan tergelincir lagi.

masih diberi ruang. ya. diberi ruang. selagi mana pintu taubat buat hamba2Nya yang benar bertaubat tidak ingin buat perkara yang lama lagi. 

terima kaseh buat seseorang yang mungkin dihantar Dia untuk dekatkan aku dengan Mu ya Rabbi. kau sahabatku dunia akhirat. amin. sekadar perkongsian buat semua.


Comments
3 Comments

3 comments:

emi said...

Dia tak pernah lupe kite, kite je yang slalu lupe Dia..

Unknown said...

emi: betul.. anda betul.. anda perlu kuat.. jika anda diuji setahun, ada yg diuji sepanjang hidup..

langit hitam said...

sbgi mnusia,kita mmg x blh lari dr dugaan..wlupn sbsar zarah..krna dugaan itu mematangkn diri dan kerana dugaan itu juga menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kpd Tuhan Yang Satu..

jom baca komik ni pulak n klu sudi jom komen skali..
http://penaislam2u.blogspot.com/2012/07/countdown-to-ramadhanwelcome.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...