Blog Fendi Islam: Gadis Lebih Tak Suka Dirampas

G.E.N.G

May 3, 2012

Gadis Lebih Tak Suka Dirampas


Perampas nih bagus. kadang-kadang dia merampas sebab dia lebih tahu perkara sebenar. setuju? haha. ok-ok. perampas. confirmlah mengambil sesuatu daripada orang lain atau menjadi hak milik orang lain.

tapi wey, 'gf ko tu, ko punya ke? bukannya dah kawin pun'. nih memang biasa ayat playboy tegar. 'dah aku cantik, suka hati aku lah nak pikat lelaki mana pun!' pulak! playgirl liar. hehe.

jangan begitu. macam mana nak mengatasi kalau sesuatu milik kita dan bersama kita dirampas? mudah je. letak mangga cap solex 10 bijik. tak lari lah dia. tak kena rampas punyalah. hehe.

dalam perhubungan sebernarnya En Tapi percaya, kita mestilah kena ada ciri-ciri yang menyebabkan isu rampas merampas nih takkan wujud. hehe. ciri-cirinya adalah:

  1. saling mempercayai pasangan (anda lebih kenal si dia. namun, letakkan sedikit ketidakpercayaan dalam percintaan bagi mengelakkan kekecewaan yang bergabung dan meletup.)
  2. bersederhana dalam bercinta (haha. nih kalau dah bagai nak runtuh bumi bercinta, sekali kena rampas memang berdentam-dentumlah)
  3. memahami (kalau dah lama kenal tuh, mestilah saling faham. dan dah faham sangat kenapa kalau si lelaki nih baik dengan gadis lain. mesti sebab dia seorang rakan yang prihatin.
  4. usah mudah iri (penyakit iri nih bagus jugak kadang-kadang, sebab menampakkan kita sayang. ya? entah. cubalah.)
  5. belajar berdikari (tak semua menda yang dah halal bagi kita akan kekal milik kita. kalau dah suatu hari suami atau isteri dah mati, adakah Dia merampas? tidak. tidak sama sekali. 
ok. dalam perkara nih. kenapa gadis lebih tak suka dirampas dari jejaka? hehe. mesti la banyak sebabnya. nak-nak zaman sekarang.

  1. sebab gadis cantik semakin banyak di luar sana. (pergh! owesome)
  2. ramai gadis dah mula pakai tudung. tergugat. (jejaka mencari redha di dunia akhirat)
  3. milikku tetap milikku. (mana boleh macam tuh.)
  4. gadis kalau dah kecewa, payah dan lambat nak recover berbanding jejaka.
  5. gadis lebih nafsu dari jejaka. (1 vs 9)
  6. tidak boleh merasa kehilangan yang hakiki. (dah kena rampas, berputih mata)
  7. gadis terlalu setia. (seorang gadis rela berkorban apa sahaja demi jejaka tercinta. biasa sangat. zaman sekarang kurang sikit)
  8. gadis kuat cemburunya. ('aduh! i say hai for my friend pun tak boleh. bosan lah dengan u kalau macam nih.')
awas. perlu diingat. persediaan dalam bercinta tinggi komitmennya. bukan macam main saidina. singgah-singgah nak beli tanah. singgah-singgah nak bina rumah. salah jalan bayar denda. bukan-bukan.

bercinta biar macam makan choki-choki. makin dipicit coklat, makin sayang nak dirasa coklat. hehe. tak faham? try gi beli choki-choki. sekian. sekadar perkongsian.

dan nikmat bercinta itu, orang yang merasa sendiri lebih tahu. betul? yang tak bercinta, usah nak feeling lebih. rasa dulu. haha. pegi korek tabung beli choki-choki. orait. zuhur bakal menyusul. 

ingat, hak milik kekal kita tetap Pencipta.


Comments
2 Comments

2 comments:

Unknown said...

Okay, terbaik, aku setuju

Unknown said...

haha. ok la tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...