'i lebiu.. i need u' bagi sesetengah orang, ungakapan macam nih umpama trauma dalam hidup. jangan ingat semua percintaan bahagia. ada yang menganggapnya sebagai trauma dalam hidup.
apakah trauma. trauma nih perasaan takut akan sesuatu perkara sekiranya ia berulang. dan mestilah orang yang pernah mengalami sejarah hitam dalam percintaan tidak boleh menerima cinta dengan mudah. puncannya.
- ditinggalkan oleh pasangan tidak kiralah jejaka atau gadis. ('bye-bye, i have someone now')
- pasangan yang hilang dengan tiba-tiba. (balik negara asal. hehe)
- dipermainkan oleh pasangan sama ada dari segi kewangan mahupun harga diri. ('duit u duit i, duit i, duit i')
- pasangan telah pergi dijemput Ilahi dalam masa terdekat untuk melangsungkan perkahwinan. (sehari dua lagi nak kawin)
- pasangan tidak diterima keluarga. (mak mertua dia nak yang seksi-seksi)
- pernah diperlaku kasar dalam perhubungan, terutama jejaka kepada gadis. (bukan cubit-cubit)
- pasangan direject tanpa sebab yang munasabah.
- sering dimain tarik tali. (macam dalam sukaneka)
nih faktor kebiasaan kenapa terjadi kenangan hitam dalam perasaan. tapi bukan menjadi satu sebab dah tidak boleh mencari pengganti atau menerima pengganti.
cara yang terbaik untuk atasi masalah ini adalah dengan:
- menerima orang baru dengan hati terbuka. (seminggu kosong, topup terus)
- bersikap, 'walau aku tak sayang dia, aku terima sebab dia sayang aku' (orang yang sayang kita lebih tahu menghargai)
- lupakan kisah lama dengan tidak selalu termenung dalam hidup. (belajar buat kek bagi gadis. sangat bagus. dan jaga badan bagi jejaka)
- perbanyakkan berkomunikasi dengan dunia luar. tidak menghadapi masalah keseorangan. (berfacebook dan bersukan)
- percaya dan yakin akan orang baru. (usah berpendirian, 'semua lelaki sama!' atau 'semua gadis sama')
- jangan mencari cinta sesama jenis. (bila dah kecewa, berkaum-kaum pulak dah.)
- sentiasa berwaspada dan tidak meletakkan cinta sebagai perkara utama. (60% tanggungjawab, 40% cinta)
- jika terasa ada yang mencintai kita dahulu, hargai dia. jika tidak dapat menerima, lepaskan dengan penuh tanggungjawab. mungkin belum masa.
positifkan diri anda. tapi ada jugak kalau dah jadi macam nih dalam hidup, terus berubah. jadi PLAYBOY dan PLAYGIRL yang digeruni. hehe. mungkin ini sebagai pembalasan buat mereka yang pernah dikecewakan. awas. jauhi.