Blog Fendi Islam: Bolak Balik Hati

G.E.N.G

November 19, 2012

Bolak Balik Hati

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


gaji yang lumayan telah mengikat diri adib untuk terus kekal berkerja disitu. sebuah kedai komputer. pelbagai komisyen harian yang adib terima disamping pelanggan yang turut tidak putus2.

hari semakin berlalu. adib juga telah lama berkerja disitu. sehingga mencapai setengah tahun. walau adib seorang pelajar lepasan bidang arkitektur, rezekinya disitu. tidak pula dalam bidangnya sendiri.

suatu hari, panggilan telefon menemani ruang sepi adib berkerja. adib jawab. dari seorang rakan lamanya. "adib, jom sambung belajar. prof zamri mintak ko sambung skali. die call aku semalam.." alan seorang kenalan adib.

persoalan dan ajakan alan buat adib berfikir. bagaimanakah hala tuju dia jika diteruskan niat untuk menyambung pelajaran. dia nekad untuk tidak sambung pada masa dahulu. dan hanya ingin berkerja. tidak lagi kini.

bolak balik hatinya kini kian terjadi. sungguh dia derita memilih haluan hidup. memilih acuan hidup. dan akhirnya, solat istikharah menjadi pilihan. itu yang terbaik. hatinya telah jatuh. jatuh pada niat menyambung pelajaran.

dan hari demi hari, dia tetap memilih itu. memilih menyambung pelajaran. dan akhirnya, dia merealisasikan. dan akhirnya, dia di menara gading kembali. dengan niat, untuk menuntut ilmu. berakhir bolak balik hati adib.


Comments
2 Comments

2 comments:

Adam Muslim said...

belajar kerana Allah insyaAllah berjaya...huhu

mieza said...

susah buat keputusan memang istikharah laaa jalan terbaik..
sbb Allah tau ape yg terbaik utk hambanye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...