Blog Fendi Islam: "Sebab Saya Terlambat Bagitahu Awak.."

G.E.N.G

November 8, 2012

"Sebab Saya Terlambat Bagitahu Awak.."

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"saya suka awak.. saya sayang awak.. saya cinta awak.." pendam haikal diam hanya bermonolog dalaman hingga kini.. penyakit hiv yang dihidap haikal turut sama dipendam umpama penyakit perasaannya terhadap camelia..

camelia gadis dari tanah tinggi cameron highland dikenalinya sejak haikal bertemu camelia disana. dan mereka sekadar bertemu tanpa disedari. tanpa dirancang. itulah perancangan Ilahi.

"abang, strawberi yang nih tahan lama tak?" soal haikal. "a'aaa. tahan lama. kalau nak yang lebih tahan ambik strawberi ceri tuh.. yang tuh lebih manis dan tahan lama.." ujar peniaga di sebuah kedai buah-buahan segar..

tanpa balasan jawapan dari haikal, muncul satu suara.. "abang, bungkus 3 bekas strawberi ceri!" sambil senyum seorang gadis.. bertudung.. manis.. manis dipandang, sejuk dimata.. haikal jadi gamam. dari mana datangnya gadis itu..

3 kotak strawberi ceri dicapai gadis itu.. dibayar dan terus berlalu pergi. tanpa melihat wajah haikal. terus berlalu.. esok.. dan hari2 seterusnya.. perkara yang sama tetap berlaku.. rutin camelia adalah membeli strawberi ceri..

haikal makin memendam rasa.. dia rasa dia telah jatuh cinta pada camelia. tapi takkan dengan mudah harus haikal luahkan.. dia jadi terharu. dan sedar akan dirinya..

suatu hari.. camelia tidak datang seperti biasa.. ditanya haikal kepada peniaga di sekitar tanah tinggi itu.. haikal rebah.. seakan pengsan dan derita menyelubungi.. padahal haikal tidak pernah mengenali camelia dengan rapat..

berita kematian camelia buat haikal jadi longlai.. luluh perasaannya dan terus terpadam. camelia pergi buat selamanya. apa yang mengejutkan haikal, camelia diberitakan menggantungkan diri kerana tidak mahu berkahwin dengan seorang jejaka bandar. 

itu sahaja yang haikal tahu. 1001 persoalan dalam mindanya. apa mungkin dia tidak suka akan jejaka itu dan lalu dipaksa juga untuk berumah tangga? haikal jadi termenung.. mengenangkan pasti berubah nasib camelia jika dia berani untuk berterus terang..

kini sudah terlambat.. camelia pergi tanpa mencipta memori bersamanya. hanya perkenalan tanpa balasan haikal simpan erat dalam hati.. camelia kini tiada lagi.. raut wajah camelia sentiasa dalam hati..

haikal kesal. dan terus kesal. namun berfikir berkali2 buat dia sedar.. layakkah dia menyatakan soal perasaan dan niatnya untuk bersama camelia. siapakah dia pada camelia..

walau lambat untuk haikal menyatakan segala-galanya. ia tetap perkara yang betul pada haikal. haikal cuba menerima takdir. payah bagaimana sekali pun, itulah yang harus haikal lalui..

haikal sedar dia pengidap hiv. haikal sedar dia tidak akan hidup lama lagi. haikal sedar dia tetap akan pergi. haikal sedar bukan kebahagiaan yang haikal mampu beri.. dan haikal sedar semua itu kehendak Ilahi..

"maaf awak.. sebab saya terlambat bagitahu awak.. maaf awak.. kalau saya dah bagitahu awak, mungkin semua nih tak jadi.." haikal masih bermonolog menolak takdir Ilahi.. sesekali kesal dirasai..


Comments
3 Comments

3 comments:

MissRI said...

ur own writing En Tapi?

En Tapi said...

cik missri: yup.. all my own.. if not mine, i'll be quote it.. hehe..

MissRI said...

Wahhh..Great! Writer bole, Designer pon bole..Teruskan usaha anda..Jgn biarkn bakat trpendam..heee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...