Blog Fendi Islam: 25 Ciri Jejaka Layak Dijadikan Suami

G.E.N.G

May 10, 2012

25 Ciri Jejaka Layak Dijadikan Suami



wah. macam dah ada request pulak dari rakan-rakan. En Tapi cuba berfikir dan berkongsi. hehe.
  1. beriman. solat 5 waktu tidak ditinggalkan.
  2. lelaki. cukup sifat lelaki. (tak ada janggut pun tak apa lagi. haha.)
  3. berkemampuan. yakni haruslah bertanggungjawab akan hal-hal yang wajib dalam rumah tangga. sediakanlah tempat tinggal yang baik. sediakanlah pakaian yang baik. sediakanlah makanan yang baik. (semi-d, baju busana kaseh, makan ada ayam hari2. hehe.)
  4. tidak dayus. (layan pulak cerita 'jujur aku dayus'. hehe) jejaka tersebut haruslah membela isteri. menjaga keselamatan dan melindungi. (wah! beli sabun protect banyak2)
  5. pandai menjaga darjat diri. (tidak boleh tidak seorang suami menjatuhkan maruah dan peranannya sendiri sebagai pemimpin keluarga.)
  6. menepati janji. kotakan janji yang telah dilakuka terhadap isteri, keluarga mahupun sesiapa sahaja. ('i janji nak anak 5, we try ok. hehe.)
  7. berkorban dalam urusan rumah tangga. kebolehan sampingan perlu ada pada seorang jejaka. kenalah tahu masak. kemas rumah. jaga anak-anak. (masak spagetti lulus, nasi ayam kacang je, basuh kain, it easy.)
  8. mempunyai timbang rasa dan percaya pada isteri. saling bantu dalam rumah tangga. tidak berkira. percaya akan isteri ketika mana ditinggalkan di rumah atau tempat kerja. 
  9. tidak bersangka buruk. seorang suami harus ada rasa hormat pada isteri.tidak boleh tidak berfikiran positif. harus sentiasa yakin pada isteri.
  10. rajin. kuat berkerja dan tidak memudaratkan. tidak makan harta si isteri. ('u simpan duit u untuk masa depan nanti ok.')
  11. berfikiran luas dan matang. zaman sekarang macam2 jenis jejaka ada wahai gadis. carilah yang matang dan boleh memacu keluarga. insyallah.
  12. mudah memaafkan. dalam rumah tangga, mungkin ada yang buat silap, si isteri, atau anak-anak sekali pun. (abg, sy mintak maaf..')
  13. penyabar. tidak baran. penting supaya rumah tangga disinari indahnya rasa sabar. tatkala diuji dan sebagainya.
  14. dari keturunan baik-baik. keluarganya adalah ramah dan mudah bergaul. keturunan yang baik-baik.
  15. menghargai. saling menghargai nih bagus. jejaka sememang perlu tahu menghargai seorang gadis. 
  16. kebapaan. sifat ini perlu juga ada dari sejak awal. anak-anak akan senang bersama ibu dan bapa yang penyayang. insyallah terbentuk rumah tangga harmoni.
  17. hormat orang tua. hormat akan mak mertua, bapak mertua dan saudara mara. macam biasa. nak balik raya pun senang.
  18. pandai memujuk. (kadang-kadang, isteri perlu dipujuk. ada sahaja mood yang tidak kena dalam diri. so, berperananlah wahai jejaka.)
  19. pembersih dan tidak malas. bergantung semua nih pada didikan asal usul keluarga. memang dah tabiat jejaka ada yang tidak menjaga kekemasan dan sbginya. bantulah mereka si isteri.
  20. ramah. mudah bergaul. jika si suami terlalu diam sekali pun, sekurangnya, dia tahu untuk bercakap, dan memberi pendapat. hehe.
  21. sentiasa senyum. senyum nih suatu sedekah. senang jiran-jiran rumah tetangga nanti.
  22. tidak cemburu buta. ('i pergi jumpa kawan i syg. i nak ajak u. tapi u tak angkat phone.')
  23. saling memahami. (kalau dah salah faham, cepat2 bawak berbincang.
  24. sentiasa mendoakan si isteri dan keluarga serta anak-anak.
  25. cinta isteri kerana Allah swt dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.
insyallah. kalau si gadis2 ada lagi ciri-ciri lain. its up to gadis-gadis. maybe ada nak yang tinggi lampai. ada yang nak cari berjanggut. ada yang nak botak licin. semua tuh fizikal. bergantunglah. hehe. selamat berkongsi.


p/s: 25 buat gadis pulak.



Comments
3 Comments

3 comments:

ezyra taharin said...

bgus laa info nie

Unknown said...

heee. slamat berkongsi..

Unknown said...

bagus2....tapi susahnya nak mecapai 25 ciri2 ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...