wah. macam dah ada request pulak dari rakan-rakan. En Tapi cuba berfikir dan berkongsi. hehe.
- beriman. solat 5 waktu tidak ditinggalkan.
- lelaki. cukup sifat lelaki. (tak ada janggut pun tak apa lagi. haha.)
- berkemampuan. yakni haruslah bertanggungjawab akan hal-hal yang wajib dalam rumah tangga. sediakanlah tempat tinggal yang baik. sediakanlah pakaian yang baik. sediakanlah makanan yang baik. (semi-d, baju busana kaseh, makan ada ayam hari2. hehe.)
- tidak dayus. (layan pulak cerita 'jujur aku dayus'. hehe) jejaka tersebut haruslah membela isteri. menjaga keselamatan dan melindungi. (wah! beli sabun protect banyak2)
- pandai menjaga darjat diri. (tidak boleh tidak seorang suami menjatuhkan maruah dan peranannya sendiri sebagai pemimpin keluarga.)
- menepati janji. kotakan janji yang telah dilakuka terhadap isteri, keluarga mahupun sesiapa sahaja. ('i janji nak anak 5, we try ok. hehe.)
- berkorban dalam urusan rumah tangga. kebolehan sampingan perlu ada pada seorang jejaka. kenalah tahu masak. kemas rumah. jaga anak-anak. (masak spagetti lulus, nasi ayam kacang je, basuh kain, it easy.)
- mempunyai timbang rasa dan percaya pada isteri. saling bantu dalam rumah tangga. tidak berkira. percaya akan isteri ketika mana ditinggalkan di rumah atau tempat kerja.
- tidak bersangka buruk. seorang suami harus ada rasa hormat pada isteri.tidak boleh tidak berfikiran positif. harus sentiasa yakin pada isteri.
- rajin. kuat berkerja dan tidak memudaratkan. tidak makan harta si isteri. ('u simpan duit u untuk masa depan nanti ok.')
- berfikiran luas dan matang. zaman sekarang macam2 jenis jejaka ada wahai gadis. carilah yang matang dan boleh memacu keluarga. insyallah.
- mudah memaafkan. dalam rumah tangga, mungkin ada yang buat silap, si isteri, atau anak-anak sekali pun. (abg, sy mintak maaf..')
- penyabar. tidak baran. penting supaya rumah tangga disinari indahnya rasa sabar. tatkala diuji dan sebagainya.
- dari keturunan baik-baik. keluarganya adalah ramah dan mudah bergaul. keturunan yang baik-baik.
- menghargai. saling menghargai nih bagus. jejaka sememang perlu tahu menghargai seorang gadis.
- kebapaan. sifat ini perlu juga ada dari sejak awal. anak-anak akan senang bersama ibu dan bapa yang penyayang. insyallah terbentuk rumah tangga harmoni.
- hormat orang tua. hormat akan mak mertua, bapak mertua dan saudara mara. macam biasa. nak balik raya pun senang.
- pandai memujuk. (kadang-kadang, isteri perlu dipujuk. ada sahaja mood yang tidak kena dalam diri. so, berperananlah wahai jejaka.)
- pembersih dan tidak malas. bergantung semua nih pada didikan asal usul keluarga. memang dah tabiat jejaka ada yang tidak menjaga kekemasan dan sbginya. bantulah mereka si isteri.
- ramah. mudah bergaul. jika si suami terlalu diam sekali pun, sekurangnya, dia tahu untuk bercakap, dan memberi pendapat. hehe.
- sentiasa senyum. senyum nih suatu sedekah. senang jiran-jiran rumah tetangga nanti.
- tidak cemburu buta. ('i pergi jumpa kawan i syg. i nak ajak u. tapi u tak angkat phone.')
- saling memahami. (kalau dah salah faham, cepat2 bawak berbincang.
- sentiasa mendoakan si isteri dan keluarga serta anak-anak.
- cinta isteri kerana Allah swt dan berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah.
insyallah. kalau si gadis2 ada lagi ciri-ciri lain. its up to gadis-gadis. maybe ada nak yang tinggi lampai. ada yang nak cari berjanggut. ada yang nak botak licin. semua tuh fizikal. bergantunglah. hehe. selamat berkongsi.
p/s: 25 buat gadis pulak.
p/s: 25 buat gadis pulak.