السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
haih. sekejap masa berlalu.. dah lebih setengah tahun perjalanan 2012. dan dah nak masuk ramadhan pulak. rindunya aku. seyesly. aku teringat saat 1st time puasa lepas tahu penyakit.
risaulah aku. macam mana aku nak puasa kalau tahan makan satu hari. argh.. stress2. tapi, bila aku cuba hari demi hari. yeah! boleh je. dan cukup 30 hari aku puasa bersama keluarga. seronok. hehe.
- Dia nak uji aku seketika.
- Dia beri aku ruang untuk dekat dengan Dia.
- Dia kurniakan aku kekuatan.
- Dia jemput aku ke masjid untuk terawih.
- Dia bukakan hati aku mengenal lebih tentang agama.
- Dia didik aku manfaatkan masa.
- Dia bahagiakan aku bersama keluarga sepanjang puasa.
- Dia tabahkan hati aku mengenal cinta.
- Dia uji aku kecewa dalam cinta.
- Dia beri aku cahaya semula.
- Dia tahu perancangan baik untuk aku.
- Dia beri aku kekuatan semula.
- Dia pesan supaya tidak dan jangan pernah kecewa.
- Dia jaminkan nikmat terbaik buat hambaNya.
- Dia lah Tuhan yang aku sembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Dia.
aku jadi rindu pada ramadhan. sempatkah aku? sempatkah? belum tentu di pembaringan nanti, aku dibangkitkan semula. mungkin aku pejam buat selamanya. ingat mati buat aku ingat Dia. setiap detik.
pada anda2, mungkin lebih hebat ujian anda. aku doakan anda lebih kuat jugak. kerana perancangan Dia memang terbaik. segala aturan dia. usah terlalu sayangkan dunia. menitis air mata sudah. selamat malam.