السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
hahai. bodoh tak soalan tuh kalau anda si jejaka dapat dari seorang gadis? haih. mana letak martabat gadis kalau macam nih. tahan la sikit. kalau ada jodoh dengan jejaka tu, pasti ada. hehe.
so, apa nak jawab kalau dah kena serang ngan soalan macam nih. bagi jejaka yang playboy mungkin mudah nak jawab. 'ya la. i suka u. u comei. u cute. u miut. cute miut..' haha. ambik!
tapi macam mana pulak kalau jejaka yang pendiam sikit. skema labi2 sikit? macam mana? mesti kesian. gadis tak kesian? apsal buat jejaka macam tuh gitu? hahai. bagi si jejaka spesis skema, sila bertindak:
- maaf, iman saya masih tak kuat nak suka awak.
- maaf, saya tahu awak masih ada wali.
- maaf, jika kita ada jodoh tak ke mana.
- maaf, awak mungkin lebih baik dari saya.
- maaf, saya hanya redha dengan apa yang Dia rancangkan.
- maaf, awak bukan tak cantik, saya yang hodoh.
- maaf, suka atau tak bukan jawapannya.
- maaf, saya belum bersedia untuk siapa2.
- maaf, saya masih minat untuk belajar sampai phd.
- maaf, saya tidak bercinta tapi terus nak berumah tanga.
hah! kalau si gadis tu still duk goda2, duk paksa2, tampar je laju2. haha. tak ada lah. gurau je. tak baik. cakap elok2. dia akan faham. hahai. apalah nasib kalau kena goda.
tapi ingat, usah melayan kerana kesian, risau menjadi cinta pendam tanpa jawapan. soal hati dan perasaan banyak ragamnya. lagi-lagi hati seorang gadis. memahamilah.