السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
pejam celik pejam celik dah tak ada apa dah yang nak dihiraukan. masa begitu cepat gila berlalu. dah nak puasa wey. marhaban ya ramadhan. dan masa nih jugak lah berlaku pembatalan cinta kontrak. hehe.
apa dia cinta kontrak? sedar tak sedar buat si playboy dan si playgirl, nih perkara biasa dalam hidup mereka. bila dah nak hbis belajar, cinta2 kontrak mereka bakal terlerai. sepi telah terisi dgn 'home sweet home..'
- dah boleh balik rumah lepas penat belajar.
- syiok gila duk rumah. semua benda dapat.
- dah mula tak mesej2 call2 si pasangan macam dulu lagi.
- call pun dah jarang angkat. miss call je bnyak.
- kredit selalu tak ada.
- alasan tengok tv, makan, keluar.
- sibok tolong famili sana sini.
- dah tak berapa nak rindu-rinduan.
- sayang makin pudar. terjumpa budak2 sekolah lama2.
- hati berubah. clash.
lain pulak bila mana cinta kontrak masih diaktifkan. masih wujud macam2 ragam dan adegan dalam lumrah orang bercinta. nak2 di alam universiti. bergantung pada tempoh belajar dan perkenalan. tu la kontraknya.
- tiap2 pagi jogging sama.
- selalu lunch jaoh2 dari kampus.
- pergi libraray study sama2.
- petang2 lepak kat taman tasik, taman mainan, shopping mall dll.
- makan malam best2, satey, ayam penyet, fast food.
- lepak shopping mall, wayang, bowling.
- sebelum tido, lebiu, miss u, wanna hug u..
- 24 jam tnya khabar. kat mana. buat apa. dengan siapa.
- makan selalu suap2.
- kalau dah cuti sem, berombak2 rindu-rinduan.
hahai. nih la lumrah dunia. macam2 ragam dan tingkah ada. terpulang pada masing2 untuk membawa haluan dan hala tuju. yang mana buruk, jom elakkan. tarikh luput kita mati bertemu Allah swt tetap suatu yang pasti.
usah terlalu sayangkan dunia. sungguh dunia sementara.