السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
sehari lebih jugak tak membeloq. ya lah. sebab aku dah ada kekasih hati baru. haha. memang ak tak nak bagitahu pun kat bloq nih. simpan2. free2 kunk, ak share.
now, dah puasa. dah masuk ramadan pun. dah start terawih pertama pun. hahai. masa pantas berlalu. ramadan yang dirindui kembali datang. ya. kembali. menemui semua umat islam.
bahagia dan syahdu jugak puasa kali nih. aku rasa bersyukur jadi umat islam. tapi cukupkah beriman? cuba tanya pada diri sendiri. apa tahap kita dalam mencari nikmat manisnya iman?
- cukupkah amal kita selama nih?
- kalau ramadan kita tahun nih yang terakhir?
- dan kalau kita tidak sempat menyempurnakan ramadan kali nih?
- sudah bersediakah kita bertemu Dia?
- ikhlaskah amal kita berpuasa, berterawih, berwitir, berzikir, mengaji dan sebagainya?
- apakah ramadan kali ini lebih buruk dari sebelum?
- adakah perubahan dalam diri kita lebih baik bagi ramadan kali ini?
- sanggupkah kita menahan lapar dan dahaga kerana Dia dan bukan budaya di bulan ramadan?
- jujurkah kita dikala keseorangan sedang berpuasa?
- bagaimanakah sifat kita sebenar tanpa syaitan yang dirantai dalam bulan ramadan?
persoalan2 tuh, kalau nak jawab aku sendiri pun termenung dan tak terjawab. apa ak mampu buat berusaha menjadi lebih baik. ya. anda2 pun mampu. ke arah kebaikan bukan satu paksaan. apatah lagi sebagai pertunjukan.
tidak perlu beriak. berujud. dan mendongak dada ke langit apabila merasakan amal kita sempurna dalam meniti ramadan. tunduk dan bersederhanalah dalam semua perkara.
apa kaitan semua nih dengan bertudung? ya, sekadar membayangkan kebaikan sekiranya, makin ramai gadis yang berusaha menjadi lebih baik dalam bulan ramadan kali ini. begitu juga jejaka. sama2 berhijrah ke arah kebaikan.
tidak perlu menjadikan alasan "belum mendapat hidayah Allah" sebagai dinding untuk gadis bertudung. hidayah sentiasa ada. kitalah yang perlu memohon dan berusaha menjaganya. insyallah.
sungguh aku bayangkan perubahan dalam diri seluruh umat islam menjadikan islam sebuah agama yang terulung di muka bumi. sungguh islam itu indah dan mudah. tapi, terjadikah semua bayangan ini?