Blog Fendi Islam: Kasih Seorang Ayah

G.E.N.G

February 21, 2013

Kasih Seorang Ayah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


tadik aku saja google2.. then, terbaca benda nih.. ya rabbi.. mengalir air mata aku.. kalau lah berlaku kat aku.. sedihnya.. aku dah la anak tunggal lelaki.. apa yang ayah dan mak aku rasa.. mintak dijauhkan.. amin ya rabb..

Jun 2012:[Kosmo] MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.


Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya. 

"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik. 

"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.


P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...