dah lama benda nih berlalu. cubaan pertama. memang aku sendiri membuka keberanian dan pintu hati aku nak buat benda nih. boleh tahan lah kena tikam ngan jarum halus2. hehe. ya. berbekam.
sebab apa aku gi berbekam? takkan lah saja2 suka2 aku je gi bekam. mestilah tidak sama sekali. aku pergi sebab.
- aku dapat rasakan yang aku diseru untuk buat benda nih.
- aku cuba mengikut sunnah baginda Rasulullah saw.
- aku nak kurangkan resdung.
- aku nak buang darah2 kotor dalam badan.
- aku nak lebih sihat dan kurangkan pening2 serta sebagainya.
dah tuh apsal aku gi bekam? banyak lagi sunnah lain. banyak je ubat2 resdung. darah kotor boleh makan pil. kalau pening, makan lah panadol. hahai.
bukan sebab tu semua. akan tetapi bila aku memang rasa nak sangat. aku tetap akan buat. so, banyak pembacaan yang aku buat sebelum bekam. macam2 lah info aku dapat.
so, pada 28.04.2012 sehari lepas hari kelahiran aku, aku nekad. mesti pergi buat jugak. tak kira tahap mana keyakinan dan keberanian aku. haha. dah macam nak gi perang pulak. entah lah wey. memang ada satu rasa semacam.
- aku gi ngan member. nak sampai punyalah payah jugak.
- tanya orang sana sini. namun akhirnya jumpa.
- aku tak kenal orang yang bakal aku jumpa untuk bekam.
- rupanya, seorang ustaz. alim orangnya.
- aku duduk dan bersembang2. tubuh mula seram sejuk.
- macam2 ustaz tuh kongsi dan tanya kat aku. siap bagi ceramah agama.
- aku hormati dan dengar. macam2 pesanan dia bagi.
- akhirnya, aku diminta ambil wuduk. sedikit segan bagi aku untuk ke bilik air rumah orang.
- tapi ustaz tu sporting. siap, aku duduk. lalu buang baju.
- dengan tenang. aku disapu minyak zaiton di tubuh. dan diurut.
- selesai. alat bekam mula dipasang. angin dalam badan disedut.
- sebanyak 16 bekas. amat banyak. dan aku mula rasa tak selesa kat bahagian tengkuk.
- aku mintak dilonggarkan. macam sukar nak bernafas.
- lepas tuh dah mula keluar tonjolan darah yang terkena tekanan.
- jarum halus mula ditikam ditonjolan itu. lalu bekas bekam dipasang semula.
- aku tak rasa sakit ke apa. cuma penat. dan lesu. dan darah dari kepala macam mengalir laju dalam tubuh. ke arah bekas2 bekam.
- aku makin lemah.
- dengan tiba2....
++ text missing.. the story can make your life diselubungi misteri.. ++
pada yang nak berbekam. pergilah. cukup murni niat anda. yakinlah dengan diri anda. insyallah jika diizinkan Dia, penyakit yang dimiliki akan sembuh dengan berbekam. amin.
alhamdulillah. segalanya dah ok sekarang. aku harap aku lebih sihat. Dia membuka pintu hati aku untuk berbekam kerana ada hikmah disebalik. kalau tak, sampai bila aku tak tahu. sekian.