السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tersentuh jugak perasaan aku dalam usaha membuat bancian dalam masyarakat kampung felda di kulai. tak semua orang kita boleh samakan. ya. tak semua.
ada keluarga yang kita tak pernah tahu dan nampak kesusahan mereka. pengalaman aku tengok satu famili nih buat aku terfikir dan termenung dan rasa nak memblog. haih.
time tuh aku lepak kat satu kedai. rumah kedai. aku hajat nak order air. tapi, dia tak bukak lagi. aku mintak izin nak tumpang duduk kat sorang mak cik nih. "ya, sila nak.. boleh je.."
tengah2 aku lepak sementara tunggu hujan benti, kelihatan seorang anak sedang makan nasi dengan tenangnya. berserta seorang kakaknya barangkali. aku sekadar melihat dari jauh. tiba2:
anak lelaki: mak.. nak lagi..
mak: mana ada lagi.. dah habis dah..
si anak lalu menjilat2 jari serta mengkais2 pinggan bagi sisa nasi terakhir dia. aku jadi sayu tengok. manakan seorang anak yang meminta nasi tambah dan dijawab tiada lagi oleh si ibu.
- kalau aku sendiri sering tak habis nasi.
- selalu membazir.
- makan nak demand, nak itu, nak ini.
- makan tak nak yang tak sedap.
- mesti makan banyak2 kali.
- ingatkah kita ada lagi yang tak pernah cukup makan?
- merungut lapar macam tiada lagi peluang nak makan.
- dah dapat makan ambik lebih2, tapi tak habis.
- nafsu selalu mendahului.
- bersyukurkah kita?
ya, memang dapat dikatakan taraf kehidupan tak sama. tapi kita semua sama. setiap amal baik buruk dinilai kelak. tak ada yang terlepas dari sebarang penilaian Dia.
kalau dah senang2 nanti, aku berbesar hati membantu. insyallah. jika dimurahkan rezeki aku kat bumi nih. dan jika masih hidup di dunia nih. marilah sama2 bersedekah selagi kita mampu.
berdoa untuk mereka dimurahkan rezeki kelak juga satu sedekah yang tidak ternilai. sungguh Dia redha akan doa sesama manusia ke arah kebaikan. amin ya rabb. lepas nih makan usah membazir. ingat masih ada yang susah.