Blog Fendi Islam: June 2012

G.E.N.G

June 30, 2012

12 Rasa Kalau Pergi Majlis Kahwin Ex GF Atau BF?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haih. tak tahulah aku nak cakap macam mana. apa rasa agak2? ada sapa2 pernah rasa? meh la kongsi sini. kot2 la rasa tumpang bahagia. tak teringat ke kisah2 masa zaman2 dipuncak cinta dulu?
  1. rasa jeles?
  2. rasa macam nyesal?
  3. rasa tak patut clash?
  4. rasa dialah jodoh aku?
  5. rasa kenapa dia dah kahwin?
  6. rasa sedih?
  7. rasa marah?
  8. rasa terlalu awal?
  9. rasa masa pantas berlalu?
  10. rasa nak bunuh diiri?
  11. rasa tumpang bahagia?
  12. rasa tak boleh terima?
kalau aku, rasa-rasanya, konpemlah rasa kenyang. dapat makan nasik minyak adoi. sedap2. tak rasa sedih? tak rasa ke dua belas dua belas rasa tuh? oh! tidak sama sekali.

sebab tuh la pendapat aku, saranan dalam islam tak ada kapel nih. sebab belum tentu jodoh. betul? hehe. dan bila terjadi clash2 nih pulak, hal macam nih la yang nak dielakkan. hahai.

bergantunglah pada semua. nak rasa macam mana sekali pun. gadis yang baik adalah untuk jejeka yang baik. sama2 kita usahakan. selamat berkongsi.


Aku Baru Tahu Apa Itu Iktikaf?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

secara generalnya adalah bertafakur atau berdiam didalam surau atau masjid atau rumah Allah swt. amalan semasa iktikaf bukan setakat berdiam malahan bermunajat, berzikir, bermuhasabah dan apa saja yang mengingatkan kita dengan Allah swt.






iktikaf tiada had masa tertentu (seperti hanya dibulan puasa) tetapi hari-hari biasa pun boleh. malahan masuk je masjid niat iktikaf dah dapat pahala iktikaf.

dan apa yang dilakukan di dalam masjid? macam mana tempat tinggal? makan? kebajikan dan sebagainya? apa yang dilakukan adalah:
  1. Membaca al-Quran, ma’thurat.
  2. Berzikir dan bermunajat.
  3. Qiamulail atau bangun malam bersolat.
  4. Menghadiri majlis ilmu yang diadakan.
tempat tinggal adalah di dalam masjid itu sendiri. ada sebahagian masjid yang menyediakan bilik2 untuk dijadikan tempat tidur. insan yang menyertai iktikaf ini akan berniat semata2 kerana ibadah kepada Dia.

bagaimana makan? sekiranya pada bulan puasa iktikaf ini dilakukan, usah bimbang. akan ada bekalan makanan yang disedekahkan oleh mana2 pihak untuk berbuka dan bersahur di masjid.

amalan iktikaf ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan yang turut beriktikaf. amalan yang hanya bertafakur kepada Dia menjadi perkara utama dalam ibadah ini.

------------------------------------------------------------------------------------

bila aku tahu pasal benda nih, bila aku boleh buat? bila aku dapat merasa? insyaallah. aku mohon kelapangan untuk melakukan perkara nih selagi ada daya. terima kaseh pada sahabat yang sudi berkongsi. pasti seronok.

patut selama nih, aku perasan akan amalan nih. tapi tidak pernah aku bertanya. tidak pernah aku mengkaji. dah lama ia berlalu. dan hari nih aku dapat tahu. aku berkongsi jika mungkin ada yang jahil seperti aku.

aku tidak malu untuk belajar. tapi aku rasa syukur sebab aku lebih tahu. semoga yang menjalankan amalan ini pada ramadhan yng bakal tiba ini dalam keadaan sehat2. amin. yang baik dari Dia, yang buruk itu dari aku sendiri.



June 29, 2012

15 Kenapa Awak Tak Tunjuk Yang Awak Single

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


kecewa? haha. harapankan satu kekuatan. bila harapan konon seorang jejaka atau gadis untuk mendekati seseorang musnah, kecewalah jawabnya. lemahlah dirinya. kesian. sabar.

jika anda meminati seseorang, kenapa tidak diberitahu awal2. cakap ja. tak kisah lah dalam facebook kononnya in relationship. boleh gitu? haha. bergantung pada anda2.

tapi kenapa perlu seseorang melindungi dan menipu jika dia sebenarnya tidak single lagi? y?y?y? oh yeah.
  1. sebab dia masih tidak pasti adalah itu jodohnya. (saya rasa, saya untuk orang lain.)
  2. sebab dia hanya ber'in relationship atas dasar perkenalan. (saya saja2 nak kenal awak dulu..)
  3. sebab dia rasa nak cari yang lebih baik. (saya tak rasa awak baik..)
  4. sebab dia masih tidak puas untuk berfoya2 sebenarnya. (well let's enjoy life..)
  5. sebab dia tak tahu macam mana jodoh yang dinantikan sebenarnya. (saya bingung..)
  6. sebab dia dah memang suka berfoya2 dulu. (saya tak tahu apa itu setia..)
  7. sebab dia sign cinta kontrak. (dah tamat belajar, kita hye2 bye2 ya..)
  8. sebab dia rasa nak tunggu jodoh dari famili pulak. (mak saya kata, dia dah ada calon untuk saya..)
  9. sebab dia pasti ada orang lain suka dia diam2. (saya masih mengharapkan seseorang..)
  10. sebab dia nak uji dulu pasangan dia layak ke tak. (saya nak uji awak boleh hidup dengan saya sampai bila2.._)
  11. sebab dia terpaksa dan taknak jadi single. (saya tak boleh keseorang.. saya sunyi dan sepi..)
  12. sebab dia nak memenuhi kelapangan dia untuk tidak jadi single. (saya sangat free, jom kapel dengan saya..)
  13. sebab dia ada kasih sayang yang terlebih. (saya boleh sayang awak semua, sebab cinta saya banyak..)
  14. sebab dia rasa dia pujaan ramai. (u know, im hot, dats y..)
  15. sebab dia masih tak jumpa sebenar2 cinta. (cinta apakah yang saya cari selama ini?)
erm..! nih baru 15 yang disenaraikan. mybe banyak lagi sebab nya. tapi bagi aku, sebab2 nih semua alasan. betul? ya. hidup mesti ada alasan. dan lumrah jugak alasan dalam perkara begini.

bagi yang ikhlas untuk menjadikan yang halal dalam hidup mereka, mungkin lebih baik dijadikan isteri atau suami tanpa in relationship nih. dan jika benar2 single, jalani hidup seperti hamba yang cinta padaNya.

dan ingat! sebenarnya, tak perlu tunjuk pun sekiranya kita single atau tidak. insan yang mengenali kita, akan tahu perkara itu. walhal yang tidak mengenali juga akan rasa, sekira ada jodoh antara kita. 

sungguh kita takkan pernah berseorangan. Dia sentiasa ada. insyallah. salam petang jumaat. 


10 Cara Bila No Tidak Dikenali Menghampiri Hidup Anda

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


pagi.. masih awal kepada sesiapa yang baru bangun. ye lah. bersengkang mata kononnya. so, masih awal. asalkan telah bersubuh. hahai. perih hidup anda tetap perlu bangun.

aku nak share sikit. langkah kalau ada orang yang tidak dikenali mesej. haha. anda pernah lalui? apa tujuan mereka mesej? dari mana dapatnya no? kuang2. inilah persoalannya.

bagi En Tapi, isokay, no tuh memang terpampang di page FADI.. atas tujuan sekiranya ada yang berminat dengan hal2 artworks. so, aku tak kisah lagi ada yang mesej bertanya. hehe.

akan tetapi sekiranya:
  1. as'salamualaikum.. tengah buat apa..
  2. as'salamualaikum.. selamat maju jaya exam..
  3. as'salamualaikum.. ada kat mana.. 
  4. as'salamualaikum.. nak kenalan boleh..
  5. as'salamualaikum.. saya kenal awak.. awak kenal saya..

oh! inilah dunia. ya. bukan En Tapi nak mengatakan tentang ada orang minat ke apa. tak payah nak perasan lebih. tapi, perlukah perkenalan dilakukan dengan cara begini? sungguh mengundang curiga.

kadang2, payah nak tackle siapakah gerangan pemilik no ini. jika disiarkan di facebook, atau di mana2, mybe akan menimbulkan aib. ya, aku hormati. akan tetapi bagaimana nak mengatasi?
  1. balas dengan salah juga.
  2. bertanya dengan baik siapa gerangan si dia, jejaka atau gadis masih menjadi tanda tanya.
  3. layan seadanya, usah berlebih. usah mengguris.
  4. jika masih tidak diberitahu, tanya dengan baik.
  5. jika si dia cuba mengatakan dia amat kenal anda, cuba berfikir dalam2, siapakah dia. 
  6. target sesiapa yang anda rasa mungkin betul, tapi bukan serkap jarang.
  7. cuba tanya sesuatu yang berkait dengan orang yang anda target betul.
  8. jika anda rasakan salah, usah berputus asa. bertanya lagi.
  9. jadikan orang tidak dikenali sebagai kawan selagi tidak mengganggu hak anda.
  10. selalu doakan terbuka pintu hati dia nak bagitahu siapa sebenarnya dia. insyallah..
cubalah cara begini. insyallah.. lama2 dia mungkin menjadi kawan terbaik. mungkin menjadi teman. dan mungkin jodoh anda. yeah! siapa tahu. perancangan Dia sebaik2 perancangan. usah jadikan perkara ini suatu masalah.

jadikan ia sebagai satu liku2 perjalanan hidup. biasalah dunia. manusia pantai mencipta permainan, untuk bermain dengan sebaiknya, tidak semua manusia boleh bermain. 


June 28, 2012

10 Persoalan, Maklumat Print & Jilid Di Lily

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahaha. disebabkan ramai yang mesej2 aku, ya, aku paham. kini tiba masa kita semua nk print2 dan nak jilid2 kan. haha.. so, meh sini nak bagi info. kuang2.

  1. fendi! weekend bukak tak?
    • ya.. bukak. hari sabtu dan ahad pukol 8.30 pagi, sampai pukol 6.00 petang. 6.01 jangan kacau. mereka2 nak siap2 nak balik dah. makeup2 lagi..
    • hari biasa, pukol 8.30 pagi sampai 9.00 malam. 9.01 malam tak payah datang dah. mereka nak kira2 duit untung ke rugi. haha.
  2. fendi! brape harga print kat lily itam and kaler? 
    • oh yeah!! kalau hitam rm 0.06 sehelai. tak ada limit muka surat. 1000 helai pun harga nih.
    • dan kalau warna, 30 helai ke atas jadi rm 0.50 sehelai. kalau kurang rm 0.80 sehelai.
    • menggunakan kertas 80 gsm. cap Doubel A weyh! hahaha. bukan cap mesra kiat atau maidin.
    • menggunakan printer lazer cap Richo. hehe. mahal nih.
  3. fendi! kalau nak tambah bilangan jilid?
    • oh! suke hati! tambah je lah.. kurang je harga dah jadi lain. rm 18 sebijik. kalau 3 bijik dan ke atas rm 16. kalau dah buat 10 bijik, try lah mintak murah lagik. pastikan bawak pisang goreng untuk mereka. haha.
  4. fendi! harga sebenar jilid?
    • haha. tak ada harga tipu ok kawan2.
    • kalau dah buat 3 bijik ke atas rm 16. kalau kurang rm 18 sebijik.
  5. fendi! macam mana prosedur nak jilid? kena hantar sendiri ke lily?
    • persoalan nih agak menarik! opkos. sy takkan hantarkan. tak terdaya pulak nanti.
    • so, anda2 pergi ke lily. kalau nk print tesis, sila naik ke atas, tangga sebelah kiri.
    • kalau anda dah siap print dari rumah, bilik, dan sebagainya, terus masuk ke kedai, dan pi kaunter bawah, dan jumpa si akak lia. lia ok. lia. lia. ingat?
    • then, cakap 'sy nak jilid tesis. dah booking. under fendi adenan.' hehe. kalau under saya lah. kalau tak under saya pun, cakp je dah jilid dan dah booking.
    • pastu, bgtau fakulti apa. nanti dia keluar buku, korang mentioned nama, dan dia akan tick. or buat apa yang patut. bagtau lah nak berapa copy jika ada perubahan dari 3 copy yang asal.
  6. fendi! kalau tesis saya tebal? macam mana?
    • hehe. tahniah. anda bakal tambah duit sikit. haha.
    • tapi, x de la kalau tebal sikit dah kena tambah. mereka akan tahu tebal mana nak kena tambah duit. mereka akan tengok yang dah print tuh. kalau tebal kena jahit tangan siap sulam2 haha.
    • so, tambah rm 3-5 bagi sebijik. insyallah semua tak kena tambah. hehe.
  7. fendi! kalau nak siap kan sehari boleh?
    • oh! opkos boleh. sapa kata tak boleh. hehe. kalau nak siapkan sehari, harga dah jadi lain. sebijik adalah rm25-35 tertakluk kepada berapa sibuk dan berapa menggunung jumlah tesis orang2 lain yang dah booking on time untuk disiapkan. so, berbincang dengan mereka.
    • dan bawak la pisang goreng sekali lagi untuk lagi cepat. haha.
  8. fendi! yang dah booking brapa lama boleh siap?
    • pada mereka yang dah booking, lily menjanjikan 2-3 hari siap. kalau siap awal, mereka akan bagitahu. sebarang kesulitan amat dikesali. mana lah tahu tiba2 ada blackout kat taman u. hehe. siapa tahu.
    • so, sila bersabar jika ada kerumitan. tak perlu kita hangin sana sini. lumrah dunialah tuh. hehe.
  9. fendi! nak bayar kat ko ke tesis tuh?
    • oh! opkos lah takkkk!! haha. korang bayar full kat sana sebelum siap jilid atau selepas. mana2 pun boleh. janji bayar. 
  10. fendi! macam mana dengan kaver warna dan tulisan kat depan untuk jilid tuh?
    • hah! korang hantar je full print untuk nak gi jilid. mereka akan tahu tajuk anda nama anda dan fakulti anda untuk di buat kaver. jika salah eja, salah lah dia. jika salah benda2 lain, salah lah jugak.
    • sebab mereka takkan cek lah pulang spelling ke apa. mereka just fotostat untuk jadikan tulisan itu warna gold! ngerti? heheh
ok. jika ada sebarang pertanyaan, sila kemukan. saya akan sedaya membantu. demi membangunkan industri percetakan, publisiti dan penyiaran negara. haha.

fendi! kalau saya tak ada duit? ha, mesej kat henset aku. nanti aku bagitahu cara. mudah je. haha.


Bila Dah Jilid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haih!! dah jilid nanti boleh buat macam nih? oh! tidak sama sekali.. haruslah bersyukur.. ya. bersyukur. tapi tak perlu rushing2 bagi aku. just slowly. insyallah sempat.. jangan nanti Dia uji kerana sombonng dan terlupa Dia.

sekalung budi:

“سبنتڠ إخلاص دان بودي جاس بوات ايبو دان ايه ترسايڠ، ڤارا ڤنديديق دان راكن-راكن، تريما كاسيه اتس بنتوان دان سماڠت دالم منيمبا علمو. بوات مق دان ايه، رستوءي اكن كجايأن انقندا مو اين“.

aku bersyukur.. dan nanti, insyallah terhasil lah benda nih.. dan seperti ini..


amin.. insyallah.. cayok2 rakan2 aku.. tenang dan damai.. pengajarannya:
  1. buat tesis dengan bersungguh-sungguh. (tak payah nak anggap mudah sangat..)
  2. pilih tajuk yang betul2 anda faham. (haha. bukan tajuk kawan2 anda fama..)
  3. kalau boleh tajuk anda minat. (anda tak minat urban design? oh, tinggalkan..)
  4. rajin2 bertanya. (duk senyap kat bilik akan parah suatu masa.. hahai..)
  5. usaha dari awal. (usaha dengan istiqamah.. bukan sampai makan diri..)
  6. rujuk ramai lecturers. (jumpa lah jugak pakar kira2 ke, pakar rumus ke.. pakar teori ke..)
  7. rajin jugak tanya. (hah! tnyelah jugak rakan2. just pendapat..)
  8. rujuk jugak format tesis awal2. (gilah duduk kat psz.. berkabung kat sana skali skala..)
  9. nak rehat2, rancang jadual kerja anda. (main2 jugak. keje jalan.)
  10. selalu2 doa. (usah lupa hubungan dengan Allah. nih paling penting..)
ok. tuh je lah aku nak kongsi. tak ada benda dah. pandai2 lah buat ya pada semua yang belum lalui. insyallah anda mampu..


Mudah Saja Pujuk Gadis Merajuk?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


biasanya, waktu memujuk tak kira. kalau dah bangun2 pagi, still tak diterima dan dimaafkan, hentamlah saja mesej pukul berapa pun. hehe.


haha.. nak ke cara macam nih? bagi en tapi, tak perlulah. but depend pada anda2 yang memilih jalan kapel2 nih. hehe. tidak bagi saya lagi. hehe. so, selamat memujuk. 

en tapi sekadar nak berkongsi. cara barat. maybe ada pengajarannya. hehe. memujuk isteri. tapi bukan pada kekasih. hehe. kalau dah isteri, boleh sentuh2. haa..


June 27, 2012

Abstrak 10 Reader! Trime Kaseh Bebanyak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


fuh! nafas sedikit lega dah boleh nak hembus dah. hahai. dulu aku mungkin malas. sekarang dah kena rajin dah. dah kena mula jadi sangat2 rajin. haha. rajin apa? kemas bilik. sebab dah teruk dah nih.


aku nak bersyukur kepada 10 reader aku yang membantu dalam memperbetulkan ayat2 aku. sehingga abstrak aku diterima. aku memang tak reti buat kot abstrak. ya lah! ayat aku sastera! aku akui! hehe.

walau main reader komen banyak2, nih la untuk masa depan aku. bukan suka2. haih. macam baru nak buat tesis je aku rasa. fendi2. cayok2. dan yang membantu:
  1. Mizah
  2. Intan
  3. Jang
  4. Lala
  5. Osmo
  6. Shu
  7. Kak Lia
  8. Am 
  9. Niza
  10. Din
bukan nih saja. dan yang lain2. banyak membantu dari segi kaedah. dan sebagainya. tq fadhilah! haha. yg bagi semangat tak payah cakap lah. bnyak sangat. sume rakan2 diploma. dan rakan2 degree. serta rakan2 spm.

yang paling mambantu adalah En Jamal Aimi Jamaludin! oh yeah! tanpa jejaka ini, aku masih terkontang kanting! aku tiada haluan! oh yeah! dan kini barulah lebih paham dan jelas haluan benda kita buat. tak lupa juga ayahda Hamid. 

kalau main reader aku tak suruh cek balik ayat dan tanya kawan2, belum tentu aku dapat perasan salah sendiri. manusia kan leka. cam nih lah hidup. kena ada interaksi dengan orang lain. hahai.

aku harapkan semuanya lepas dengan baik! amin. amin. amin. ya rabb! nanti ada la kat deklarasi tuh. haha. 

p/s: usah salah paham. abstrak itu bukan kualiti A, B, C atau sebagainya. ia adalah abstrak yang meluluskan. amin. amin. amin.


June 26, 2012

Syukur 2 Bulan Menjadi Blogger, 11,707 Viewers

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sungguh aku nak berkongsi. nih lah misi utama sapa2 yang jadi blogger aku rasa. tapi ada lagi spesis lain. ada yang nak hentam orang. ada yang nak jadikan diari dan sebagainya.

tapi, last2 kembali pada perkongsian as a blogger. cabaran jadi blogger selama 2 bulan? apakah cabaran? tak ada lah mencabar mana pun. but, aku rasa tahu lebih perkara2 sampingan. insyallah.

  1. ada cik/en anonymous yang komen2 tak leh blah.
  2. ada yang duk poke2 aku tak kenal.
  3. ada kenal seseorang sampai jadi sejarah dalam hidup.
  4. ada rasa terkilan sikit dengan komen2.
  5. ada bagi komen membina.
  6. ada yang mesej entah dari mana asal usul. 
  7. ada yang kata macam terbiasa nampak.
  8. ada kata tak pernah nampak langsung aku sebelum nih
  9. ada tanya macam mana post entri hari2.
  10. ada yang jadikan aku blogger pilihan.
haha. ada macam2 lagi. hai. semua tuh jadi kenangan dan perkongsian. hidup tetap kena terus. as blogger yang masih merangkak, aku banyak belajar daripada yang senior2. hingga ada yang peringkat pak cik mak cik pun. haha.

syiok. nih lah tentang perkongsian hidup. ya, aku paham, ada yang tidak suka berkongsi. bergantung pada cara dan style masing2. selagi aku diberi percaya untuk berkongsi, aku lakukan. hehe. kalau rajin, like FADI

trime kaseh yang selama nih support. hahai.


June 25, 2012

Untuk Yang Kerja Mahupun Praktikal? Hahaha

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sahaja aku nak bergelak ketawa dengan melihat gambar nih. teringant pulak aku time2 aku dulu. macam pernah buat je. kita kehulu. dan kehilir. haha. siap sibuk2 buat air kat bawah lagi.

then, kalau masa aku kerja, sibuk duk masuk stor, keluar stor. oh! bizi sunggoh! rindu seyh! bila lagi nak buat macam nih? haha. but now, dah ade caution yang macam nih. hahai. so, tak payah buat lagi. haha.


haha. oleh itu:
  1. pergi tanya staf ada kerja ke tak.
  2. duk diam2 ja.
  3. tak payah banyak gerak.
  4. kurangkan bercakap.
  5. konon2 fokus depan pc pun ok.
  6. baca surat khabar.
  7. rancang masa depan.
  8. kira bajet nak kahwin.
  9. study subjek sem depan.
  10. tulis log book.
  11. makan senyap2.
  12. baca bahan ilmiah.
  13. chatting guna henset diam2.

haha. dan banyak lagi yang boleh kita buat selain ke hulu dan ke hilir dengan pura2 bizi nih. haha. seyes tak leh blah peringatan nih. haha. sesuailah sangat untuk orang kat malaysia nih. hee.


Subhanallah.. Gambar Bahtera Nabi Nuh?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

'Maklumat awal di tahun 1960, berita dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Negara Turki merakam sebuah imej mirip perahu di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangkakan perahu Nabi Nuh AS (The Noah’s Ark).'

'Kisah yang mengaitkan denganumat Nabi Nuh a.s yang ditenggelamkan oleh Allah swt kerana ingkar perintah Allah swt seperti disebutkan dalam Al-Quran, sudah ditemui dan dilakukan kajian oleh kumpulan penyelidik antropologi yang diketuai oleh Prof. Ron Wyatt di Turki sejak tahun 1977.'











sumber: Melayukini

sungguh indah aturan Dia. aku agak teruja dengan maklumat ni. puas aku tengok gambar2 nih dan terasa sungguh besar kuasa Ilahi. sungguh tiada tandingan. kepadaNya kita beriman. insyaallah. amin.


June 24, 2012

'Isteri Pendek Murah Rezeki, Isteri Tinggi Umur Panjang'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




+


+


+


+


+


+


+


+


+


+


+


+


tadaa.. isteri2 mamat nih. tapi tak sah lagi. isteri di alam maya. kuang2. sebab apa murah rezeki dan umur panjang? aku tak kata. tapi orang tua2 kata. haha.

aku rasa, kalau isteri pendek: jimat la sikit beli kain baju raya. haha. kan boleh saving. so, murah rezeki..

kalau isteri tinggi: umur panjanglah, sebab kalau si suami dah makin bongkok, si isteri boleh pikul kat belakang. balance. tinggi kan. so, lambatlah matinya. 

hahai. boleh gitu? haha. sapa ada jawapan yang lebih rasional, sila2 lah komen. haha. ok2. dah nak maghrib. aku saja je nak mengarot. pengajarannya:
  1. terima seadanya calon anda.
  2. baik buruk telah tercipta untuk anda.
  3. anda lebih layak dengannya.
  4. semua ini perancangan Dia.
  5. bersyukur kerana nikmat beristeri diberikan.
mandi2. jom!

p/s: gambar tersebut adalah tiada kaitan langsung.. 


Untung Gadis Dapat Mum's Boy

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


haha. aku rasa nak gelak pulak fikir pasal mum's boy. haha. semua anak lelaki mum's boy? haha. tak? apsal? kuang2. ramai yang mengatakan special sikit mum's boy.

sebab apa? sebab mum's boy ada sifat manja nak mampus. ish2. teruk2. pui. jangan amalkan. sila kuat dan tak payah nak manja2 pada anda2 jejaka2 diluar sana. tapi kenapa aku cakap ia untung bagi gadis?

ia lah. mana tak untungnya. haha.
  1. mum's boy sangat penyayang. (biasa dimanjakan.)
  2. mum's boy pandai jaga hati. (selalu jaga hati ibu, so amalkan jaga hati isteri.)
  3. mum's boy pendengar yang baik. (selalu luah masalah kat ibu. bila isteri nak luah kat mum's boy pulak, pun boleh.)
  4. mum's boy memahami hati gadis. (mereka ada six sense bila gadis tuh kecewa, derita, atau gembira.)
  5. mum's boy pandai kemas rumah. (masa kecik2 mak dah ajar. dah bising2. dah bebel2.)
  6. mum's boy tahu masak. (oh! haha. percaya atau tidak, mesti lebih sedap dari isterinya. kuang.)
  7. mum's boy arif bagi pendapat. (dah kalo masa kecik2, mak dia selalu bawak gi jalan2. shopping. 'boy, ok tak nih?')
  8. mum's boy peramah. (mak dia ajar jangan kurang ajar. sopan dengan sapa2 saja.)
  9. mum's boy suka baby. (haha. kecik2 dulu mak dah ajar pegang baby. dan tolong jaga adik2.)
  10. mum's boy bertanggungjawab dan berdikari. (insyallah boleh jaga isteri dengan baik, kerana sikap tak abai dan tak leka yang di asuh.')
hah! tuh baru 10. belum 100 lagi. hahaha. untung tak sapa dapat mum's boy? kakaka. untung2. tak nak untung sudah. kalau nak untung, pergi lah cari mum's boy wahai gadis2. haha.


June 23, 2012

Love Very Much Tak Boleh Jugak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai. ingat senang ke nak cinta2 yang biasa nih. susah kan? apatah lagi kalau perasaan luar biasa? apa yang nak dimaksudkan dengan perasaan luar biasa nih? haha. bukan bercinta dengan makhluk asing ke apa.

perasaan luar biasa nih kira bercinta dengan seseorang pada tahap yang kronik. haha. orang lain biasa2 je. tapi kalau dah ada perasaan luar biasa memang parah la.
  1. makan tak kenyang. 
  2. tidur tak lena.
  3. mandi tak basah.
  4. minum tak lega.
  5. rehat tak tenang.
  6. solat pun tak tenang.
sampai macam tu sekali. so, mana lah elok kalau jadi benda macam nih. sebolehnya, elakkanlah. takkan nak ada perasaan sampai macam tuh sekali. kita sendiri yang boleh kawal perasaan. tak payah nak luar biasa sangat.

nanti boleh makan diri. boleh buat diri jadi tekanan seandainya suatu masa perasaan luar biasa ini dikecewakan. ha. macam mana? sanggup? menggadai perasaan yang luar biasa sangat tu? ya, walau bukan tuh yang kita mintak.


Laman Sesawang Mencari Jodoh? Nak Gelak Pulak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wow! sapa yang teringin mencari jodoh dari seberang? oh. sila2. lawati laman sesawang nih. hahai. gadis2 indonesia. pasti bagus bangat. kalau nak la. sekadar berkongsi. 


1st time aku tahu ada laman sesawang yang macam nih. hahai. unik. style. mengujakan. dan terbaik. haha. namun, saya tetap percaya pada jodoh. jodoh dari Dia. hehe.

bergantung la pada anda2. sekadar merasakan ini suatu perkara baru dalam hidup saya. kalau anda2 dah biasa, its good. pergilah cuba. haha. mana saya jumpa web nih? ada yang share. kuang2. sila2. www...



14 Sebab Ex Rujuk Semula?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


lumrah! bila dah bercinta. mula2 tak nampak mana baik. mana buruk. bila dah rasa yang dipilih konon baik tuh bertukar jadi tak baik, apa lagi. tukar lain lah. hahai. dunia cinta, memang payah dan ranjau.

bercakap pasal pasangan yang dah kapel, then, break! clash. 'ok, fine.. sy terima keputusan awak. moga awak bahagia dengan orang yang awak pilih dengan sebab yang awak beri.. kita tak sehaluan lagi..'

tapi, sebab apa ex nak rujuk balik ya? tidak kira jejaka mahupun wanita. kenapa? kenapa? adakah..
  1. kerana perbuatan yang dilakukan dulu terjadi pada dirinya semula. ('i nyesal tinggalkan you..')
  2. kerana dulu dia meninggalkan, dan kita dia ditinggalkan. dan mencari semula..(' i dah tak de sapa2 dalam hidup i..')
  3. kerana menyesal? ('adakah saya menyesal?')
  4. kerana famili tetap tak terima jejaka baru atau gadis baru. dan masih suka yang ex. ('apapun, mak tetap tak terima dania tuh! mak nak nora jugak..')
  5. kerana terkenang jasa dan budi ex? kenapa sekarang? ('awak banyak tolong saya.. sampai saya habis belajar..')
  6. kerana beristikharah dan mendapat petunjuk exnya adalah calon terbaik.('adakah dia ya Rabbi?.. sungguh aku telah meninggalkan dia..')
  7. kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga? ('kad kahwin dah edar.. satu kampung dah tahu.. takkan kamu masih nak batalkan?')
  8. kerana masih tidak temui perasaan yang benar2 cinta pada pasangan baru berbanding ex? ('aku masih teringat pada dia..')
  9. kerana ex dah makin cantik. ('awak ke nih?')
  10. kerana ex dah makin kaya. ('hahai. dah tukar kereta.wooo..')
  11. kerana ex dah berjaya ('maju dah dia sekarang.. tapi aku..?')
  12. kerana ex dah berjaya sambung master? phd? ('awak dah berpangkat Dr?')
  13. kerana diri sendiri dah berubah mencari redhaNya? (mohon agar sentiasa diberi petunjuk.. pilihan yang tepat..')
  14. kerana diri sendiri dah sedar memilih orang yang sayang kita lebih baik dari memilih orang yang kita sayang? (yeah!)
haha. banyak2. selebihnya fikir sendiri. apa yang kita buat, kadang2 akan berbalik pada kita semula. kalo kita kecewakan orang dengan sengaja, atau kononnya terpaksa, yeah. its come to you back.


June 22, 2012

Menjaga 'Buah Kelapa' Yang Betul

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai. kalau dah petang2 gini, kering tekak rasa nak minum air kelapa. dah jumaat macam nih, cuaca pun panas. aku search lah gambar kelapa. konon nak memuaskan mata memandang.


+


+


+


+



+


+


+


+



+


+


+


+



+


+


+


+





hah! nih la kelapanya. hebat2. kalau macam nih la buah kelapa yang aku minum. mau rm10 sebijik! hahaha. sedap lah pulak. jomlah cari air kelapa. hehe. 



si pak cik nih pulak. buat bisness kelapa. so, dia sangat canggih dalam urusan jual beli. customer order gune facebook je. haha. harga pasaran selalu kena cek. walau di mana dia berada. hahah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...