Blog Fendi Islam: Peristiwa Isra' dan Mikraj: 'Aku Ambilmu Sebagai Kekasih'

G.E.N.G

June 17, 2012

Peristiwa Isra' dan Mikraj: 'Aku Ambilmu Sebagai Kekasih'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


aku sekadar ingin berkongsi. ya. mungkin ada yang dah lupa. dan ada yang tidak pernah tahu. pelbagai pengisian pada peristiwa ini. sama2 ambil iktibar. cukup indah perjalanan baginda Rasulullah saw.



nih sedikit kronologi yang aku nak kongsi dari page pmium. menarik. bila aku dah baca. aku rasa sayu yang amat. mungkin disebabkan selama nih aku sendiri lupa pengisian isra' mikraj nih. 


bagaimana baginda menerima pelbagai pengajaran. pelbagai pesanan. dan diminta untuk menjaga umatnya sebaik mungkin. disucikan hati baginda dari titikan dosa. dibasuh dengan air zam2. sungguh indah peristiwa ini.


dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
"Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. 
baca dengan lebih terperinci di i luv islam.."
terima kasih pada pihak i luv islam yang mewujudkan pembacaan seperti ini. aku sekadar berkongsi. agar yang tidak tahu menjadi tahu, yang telah tahu menjadi lebih tahu.



Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...