السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
terasa gembira bila satu persatu artis malaysia kita dah mula bertudung. biarlah permulaan baru nih memberi satu sifat keterbukaan bahawa islam itu mudah.
apabila dah terbuka pintu hati mereka yang nak ke jalan Allah swt, insyallah diterima oleh Dia dengan amalan2 harian yang positif. niat untuk mencari populariti atau tidak, tiada siapa yang tahu.
hanya empunya diri. namun, kita sebagai penonton mahupun orang kebanyakkan nih, mendoakan yang terbaik buat perubahan2 mereka. sungguh mereka berubah kerana Dia.
macam2 cerita kita dengar tentang perubahan.
- Dia mendatangkan perubahan melalui kemalangan.
- Dia mendatangkan perubahan melalui mimpi ngeri.
- Dia mendatangkan perubahan melalui tragedi dalam hidup.
- Dia mendatangkan perubahan di saat diuji kesakitan.
- Dia mendatangkan perubahan ketika sedang tidur.
- Dia mendatangkan perubahan pada masa leka dengan maksiat.
- Dia mendatangkan perubahan kerana menghambakan diri pada yang Esa.
- Dia mendatangkan perubahan melalui rasa kecewa lampau.
- Dia mendatangkan perubahan saat hamba perlukan harapan.
memang indah aturan dia wahai saudara saudari. usahlah kecewa dengan diri sendiri. tapi menjadikan diri sendiri satu medan untuk memotivasikan diri dengan keterbukaan hati pada Dia. insyallah. amin.