Blog Fendi Islam: Lama Tak Blog: 21 Harapan Itu Satu Kekuatan

G.E.N.G

June 21, 2012

Lama Tak Blog: 21 Harapan Itu Satu Kekuatan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


macam lama pulak aku tinggal si blog nih. hahai. padahal baru satu hari aku tak update. dah macam sebulan je rasa. inilah bahana blogger. tapi aku bukan blogger hebat macam ramai lagi yang kat luar sana.

dalam masa yang lama aku tak blog2 nih. apa yang aku buat? oh yeah! aku berharap. macam2 benda aku berharap. kenapa harapan itu suatu kekuatan? bagi aku, dengan berharap pada Dialah menjadi satu kekuatan.

kalau aku berharap sesama manusia. manakan jadi harapan suatu kemusnahan, akan wujud salah sesama sendiri. jadi mengapa tidak aku memilih untuk berharap pada Dia?

mudah sungguh konsep Islam. tiada perantaraan antara manusia dengan Allah swt. pada bila2 masa sahaja Dia mendengar rintihan dan pengharapan kita pada Dia. tapi memang manusia je yang banyak alpa. termasuk aku.

apa yang selalu terjadi, apabila ditimpa perkara yang tidak diingini, mula manusia mencari Dia. memohon. dan apabila bergembira seketika. ya. ia terus mudah melupa nikmat yang Dia pernah beri.

dalam harapan itu:
  1. berharap dimatikan dalam keadaan beriman.
  2. berharap di ampunkan dosa2 lalu.
  3. berharap ibu bapa ditempatkan dalam golongan soleh dan solehan serta dijauhkan daripada azab api neraka dan kubur.
  4. berharap berjaya di dunia mencari ilmu.
  5. berharap amalan yang dilakukan diterima.
  6. berharap dijauhkan daripada maksiat.
  7. berharap tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
  8. berharap disatukan hati2 dalam ahli keluarga.
  9. berharap dikuatkan ukhwah tali persaudaraan sesama manusia.
  10. berharap bergaul dengan sahabat yang membimbing ke jalan yang benar.
  11. berharap moga nikmat merasa iman itu mampu kekal hingga dicabut nyawa.
  12. berharap dimurahkan rezeki pekerjaan dalam meniti hari2 mendatang.
  13. berharap dipermudahkan dalam semua perkara dan hal. 
  14. berharap dipertemukan jodoh yang saling melengkapi.
  15. berharap mempunyai keluarga yang diredhai dan bahagia. 
  16. berharap menjadi anak yang soleh.
  17. berharap menjadi suami yang beriman.
  18. berharap menjadi bapa yang istiqamah.
  19. berharap kuat hati dan tabah jiwa dalam menerima ujian.
  20. berharap mendapat kesihatan yang baik dan jauhi dari penyakit.
  21. berharap mencintai dia kerana mencintai Dia.

sungguh banyak harapan aku. ya. ini harapan aku. aku tidak malu nak bagitahu apa harapan aku. ia bukan perkara yang mengaibkan. tetapi perkara yang menjadi kekuatan.

harapan adalah kekuatan ini adalah berkait dengan kuatnya pengharapan seseorang pada Dia. sungguh harapan itu juga adalah suatu doa. ya. doa. di mana doa adalah sebaik-baik senjata orang yang beriman. berdoalah.

aku just nak share. mungkin ada golongan yang memerlukan pembacaan yang menjadi kekuatan dalam diri mereka yang sedang dirasakan lemah. berharaplah pada Dia. Sungguh ia tetap satu kekuatan.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...