Blog Fendi Islam: #2: 'Cinta Pondok Adanya Abyati'

G.E.N.G

June 10, 2012

#2: 'Cinta Pondok Adanya Abyati'


‘saudari tunggu di sini ya.. nanti Haji Zulfakar akan datang.. harap saudari dapat tunggu sebentar..’ berlalu kata-kata itu dengan pantas dan terus hilang dengan kelibat serba putih itu. Hati Umairah jadi tak keruan. 

Misi kedatangannya ke Pengajian Pondok Al-Fatah seolah-olah berubah dari mengkaji seni reka bentuk sesebuah bangunan pengajian pondok kepada lelaki serba putih itu. Lalu dalam sedar Umairah memadamkan lamunannya. 

Mata Umairah meliar. Melihat sekeliling pejabat. Banyak sijil-sijil dengan pelbagai karya seni dilihat di sepanjang dinding yang agak luas itu. ‘wah.. cantiknya karya ini.. seni apa pulak ini?’ Umairah bermonolog sendirian. 

Langkah dengan salam datang dari belakang Umairah dengan tiba-tiba. ‘assalamualaikum anak..’ Umairah menoleh sambil menundukkan sedikit posisi badan. Salam dijawab dengan manis dan lemparan senyuman tanda hormat. 

Lalu mereka berdua duduk berbincang di kerusi tamu tempat lelaki serba putih sebentar tadi mengalukan kedatangan Umairah. ‘macam mana pelajaran kamu anak?’ Haji Zulfakar bertanya seolah-olah menyelami dunia belajar di universiti. 

‘oh.. semua baik saja ustaz..’ jawab Umairah dengan segan dan silu. Umairah jadi kekok kerana pertama kali berurusan dengan golongan ulamak. Namun, dia tetap mencuba. Umairah bernasib baik kerana Haji Zulfakar ramah orangnya. ‘bagus.. sebentar ya.. Ab.. Ab..’ panggilan ‘Ab’ terus kedengaran sebelum muncul..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...