Blog Fendi Islam: Aku Baru Tahu Apa Itu Iktikaf?

G.E.N.G

June 30, 2012

Aku Baru Tahu Apa Itu Iktikaf?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

secara generalnya adalah bertafakur atau berdiam didalam surau atau masjid atau rumah Allah swt. amalan semasa iktikaf bukan setakat berdiam malahan bermunajat, berzikir, bermuhasabah dan apa saja yang mengingatkan kita dengan Allah swt.






iktikaf tiada had masa tertentu (seperti hanya dibulan puasa) tetapi hari-hari biasa pun boleh. malahan masuk je masjid niat iktikaf dah dapat pahala iktikaf.

dan apa yang dilakukan di dalam masjid? macam mana tempat tinggal? makan? kebajikan dan sebagainya? apa yang dilakukan adalah:
  1. Membaca al-Quran, ma’thurat.
  2. Berzikir dan bermunajat.
  3. Qiamulail atau bangun malam bersolat.
  4. Menghadiri majlis ilmu yang diadakan.
tempat tinggal adalah di dalam masjid itu sendiri. ada sebahagian masjid yang menyediakan bilik2 untuk dijadikan tempat tidur. insan yang menyertai iktikaf ini akan berniat semata2 kerana ibadah kepada Dia.

bagaimana makan? sekiranya pada bulan puasa iktikaf ini dilakukan, usah bimbang. akan ada bekalan makanan yang disedekahkan oleh mana2 pihak untuk berbuka dan bersahur di masjid.

amalan iktikaf ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama insan yang turut beriktikaf. amalan yang hanya bertafakur kepada Dia menjadi perkara utama dalam ibadah ini.

------------------------------------------------------------------------------------

bila aku tahu pasal benda nih, bila aku boleh buat? bila aku dapat merasa? insyaallah. aku mohon kelapangan untuk melakukan perkara nih selagi ada daya. terima kaseh pada sahabat yang sudi berkongsi. pasti seronok.

patut selama nih, aku perasan akan amalan nih. tapi tidak pernah aku bertanya. tidak pernah aku mengkaji. dah lama ia berlalu. dan hari nih aku dapat tahu. aku berkongsi jika mungkin ada yang jahil seperti aku.

aku tidak malu untuk belajar. tapi aku rasa syukur sebab aku lebih tahu. semoga yang menjalankan amalan ini pada ramadhan yng bakal tiba ini dalam keadaan sehat2. amin. yang baik dari Dia, yang buruk itu dari aku sendiri.



Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...