as'salam. pagi. menitis jugak air mata teruna aku subuh tadi. bangun2, macam lumpuh badan pulak. sakit belakang datang dengan lebih dasyat. sekejap je Dia balas. padahal baru semalam aku gelakkan kawan yg tetiba kena jugak.
semalam jugak aku share macam2 kat blog, facebook, page. padan muka. aku lupa diri. sampai sanggup tak beribadat macam biasa iaitu tidur awal dan bangun awal.
bangun pagi2 tadi, dah 6.40. lewat! lewat! tak seindah pagi sebelum subuh. memang aku layak untuk menerima sakit. menerima ujian. lalu aku panjatkan doa. berderai. berderai air mata.
terkenang pulak:

- dah nak habis belajar,
- sakit yang datang,
- tesis yang masih dalam perjalanan,
- ramadhan yang bakal tiba,
- masa depan aku yang belum tentu ke mana2,
- tanggungjawab pada keluarga kelak,
- jika aku suami,
- layakkah aku jadi hambaNya untuk ke syurga,
- bila aku sudah tiada..
- sungguh Agung kuasaMu ya Rabbi.
- sungguh aku tidak sedar akan nikmatMu
- sungguh aku menjadi sombong dan ramah dengan dunia semata-mata.
- sungguh aku terasa jauh dariMu tanpa amalan sunat keranaMu.
- sungguh aku makin lupa diri.
bila aku diuji macam nih lah buat aku teringat. teringat dosa lama. dan takut dah nak buat. ya! tak nak buat dah. aku mohon Dia pelihara hati aku. pelihara akhlak aku. pelihara amalan aku. biar semua ikhlas kerana Dia.
jangan jadi macam aku. bila dah diuji baru nak teringat. beringatlah sepenuh masa. jangan leka. jangan leka. kadang2 Dia biarkan kita leka, apabila sekali diuji, leka itu akan bertukar menjadi sedalam2 duka.
tapi aku sedar, Dia ingatkan aku sekarang, sebab Dia sayang aku untuk akan datang. masih jauh perjalanan hidup aku jika umur aku panjang. sungguh sukar bernafas itu suatu yang dasyat namun nyawa itu tetap milik Dia.