selamat pagi! pagi2 nih aku rasa macam ego tinggi nak mampus pulak. haih. tak boleh gini. gara2 si gadis itu update blog dia, dan mengomel pasal lelaki nih susah nak jaga hatinya.
lantas apa lagi aku? haha. 'i love you mrs arrogant!' gadis pun ada egonya. seriusly memang ada. nampak ngan tak nampak je. tapi biasanya memang nampaklah. namun, si jejaka tetap nak jugak gadis cam gini. haih.
kalau dah suka, kata busuk pun wangi. kata cacat pun sempurna. kata singkat pun labuh, kata kotor pun suci. eyh! dah memang cinta. suka. lantak la. tak payah nak peduli orang kata.
- gadis arrogant nih ada keyakinan yang tinggi. (seyesly, cabar lah diorang present kat depan masa dalam kelas. konpem2 dia sahut. so, senang keje. tak payah susah2 cari presenter. hehe.)
- gadis arrogant nih tak semestinya bergaya. kalau yang tak bergaya, dia selesa je wey ngan apa dia pakai. (kalau si jejaka tegur, memang sikit pun tak jejas perasaan dan hati serta naluri dia. malah, lagi kuat hujah2 dia kenapa pakai macam tuh dan macam nih.)
- gadis arrogant yang bergaya pulak, mak aih, tak payah nak komen2, tak payah nak kata apa, memang melimpah ngan pujian. (spesis nih up to date.. semua yang dia bergaya up to date. siap jadi ikutan lagi.)
- gadis arrogant kuat iman cintanya. hehe. sorry, memang tak layan lelaki2 yang duk poke2 dalam facebook. silap2 'report as spam' lagi. haha. (cuba lah bagi sepucuk surat bia sampai ke rumahnya. hambik kau! cair!)
- gadis arrogant selalu kelihatan profesional. fuyoo. bahasa mudah sikit, protocol punya orang. haha. semua harus ada protocol. baru style.
- gadis arrogant sharp ngan masanya. pergh! semua ini akan dijaga. takkan lambat dan takkan lewat. awal? tak jugak. tapi sharp. hehe.
- gadis arrogant memang mahir gila buat memek muka. tahu tak macam mana? pergh! macam2 jenis memek muka dia boleh buat dan orang akan faham dengan mudah. memek muka marah, suka, tak suka, bosan dan sebagainya.
- gadis arrogant memang ada bakat. bakat yang jarang orang lain ada. ambik contoh mudah kalau masa presentation, memang nampak style dia lain dari orang lain. haha. sah2 la tuh. kuang2.
- gadis arrogant sikit tak makan cacian or makian, malah yang caci dan maki tuh kena balik punya. kalau tak kena makan ngan leteran, kena ah ngan hujah2 rohaniah.
- gadis arrogant pandai berkata2. huyyo. nih banyak gunanya. untuk memikat jejaka? oh tidak sama sekali. tetapi untuk kepentingan kerjaya. untuk orang ramai. mudah sahaja orang lain nak menerima gadis sebegini. tapi yang mana rapat je lah.
- gadis arrogant payah sikit nak memikirkan pasal cinta. oh. jauh sekali. dia akan fokus pada kerjaya, keluarga dan masa depan dia sendiri.
- gadis arrogant sangat berdikari. haha. semua dia boleh buat sendiri. masak? tak payah cerita. panggang ayam sekor makan sorang pun boleh. apatah lagi cuci kereta. haha.
- gadis arrogant pantang kalau di tanya, bila nak kahwin? hehe. melenting lah dia. sebab dia bukan bersedia lagi. tak payah kau nak rajin2 tanya.
- gadis arrogant rapat dengan lelaki atas urusan kerja atau sekadar persahabatan. ya. sekadar bersahabat. kalau dah si lelaki terjatuh cinta, halamaknya, kena bijak memujuk.
- gadis arrogant sering tertonjol. macam mana tonjolannya pun, orang pasti merasakan dia nih cukup menonjol. hehe.
puas hati? tak? hehe. banyak je lagi aku rasa pasal gadis arrogant nih. tak larat nak type. grrr.. nak buat kerja lain pulak. tapi ada last tips, kalau agak2 gadis arrogant nih menjadi pilihan hati, ucaplah:
'i lebiu mrs arrogant'
tak cair jugak tak tahu lah. sila terjun bangunan wahai jejaka. anda tidak berjaya. haha. nak tips lain? kuang2. pandai2 lah anda. kerana semua gadis takkan pernah sama peribadinya.
hanya sikap yang sama mudah tersentuh dan pelengkap hidup jejaka adalah sejak azali. kerana itu Dia menciptakan gadis untuk berpasang-pasangan dengan si jejaka.