Blog Fendi Islam: "Aku Takkan Jatuh Hati"

G.E.N.G

January 1, 2013

"Aku Takkan Jatuh Hati"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


digoyang kepala 180 darjah! diloncat2.. ditari menari dengan penuh asyik.. lagu bergema.. tidak pernah kalah dengan rentak.. seiring.. memecah ruang tari.. lagu barat menjadi santapan..

roy tidak pernah ketinggalan.. setiap kali hari minggu.. sapaan kawan2, pantas dia setuju.. pantas dia lupa.. pantas dia alpa. seorang pelajar kejuruteraan awam langsung tidak menggugat karektoristiknya..

"kaki clubbing.." itulah yang digelar oleh sesetengan rakan roy yang tidak berapa selesa dengan tingkahnya tiap kali hujung minggu. teguran rakan, tiada roy hiraukan..

hidup dalam riang dan gembira kota metropolitan kuala lumpur sedikit tidak membawa roy ke arah kesedaran tentang tanggungjawab agama.. langsung tiap kali sabtu malam tiba, club2 dilorong ibu kota menjadi persinggahannya..

menari dan bergelimpangan bersama gadis2 serta teman rapat yang turut dikenali dalam laman sosial buat hubungan mereka rapat.. jadi akrab.. "kami buddies.. kami takkan terpisah.." monolog roy tiap kali semangat bertemu rakan..

suatu hari, roy mendapat khabar.. kematian ibu dan bapanya.. langsung roy menjadi yatim piatu.. diterima khabar itu tatkala roy terkinja-kinja dalam ruang tari menari yang dipenuhi ratusan manusia..

dalam sedar, roy laju berlari.. keluar club.. ditelefon keluarga.. untuk kepastian.. mas begitu pantas.. kakak roy mengesahkan berita tersebut.. dan mohon roy segera pulang.. roy rebah dihadapan club.. hingga sujud..

ramai mata-mata memandang roy.. roy jerit sekuat hati.. diteriak "makkk.. abah..." tiada apa-apa yang merubah berita itu.. ibu bapanya tetap telah pergi.. akibat kemalangan jalan raya..

apabila roy pulang ke rumah, sebelum jenazah dikebumikan.. keadaan dia amat jahil.. rambutnya perang.. masih bersubang.. gelang.. rantai.. dan berfesyenkan lelaki moden masa kini.. 

terkedu roy.. tidak tahu ucapan apa untuk ibunya.. sudah lupa barangkali adab2 menatap jenazah.. sudah lupa kembali bagaimana menerima kenyataan.. dia hanya mampu memegang tubuh ibu dan bapanya.. diraung kuat2..

ditenang pula oleh pak cik roy.. roy tidak dapat terima.. ibu dan bapanya pergi sekelip mata.. tiada sempat roy berjasa.. tiada sempat dia bertanya khabar. lama.. lama roy tidak hubungi keluarga.. sibuk di ibu kota..

enam bulan berlalu.. roy berubah.. hatinya tidak di kuala lumpur lagi.. dia meneruskan pelajaran.. lalu menyambung di ipta yang lebih damai.. jauh dari ibu kota.. dihadiahkan al-fatihah dan yasin buat ibu bapanya.. hampir setiap hari..

kesal masih menebal dalam diri roy.. namanya kini bukan lagi roy.. dialah azrul.. mohd azrul bin abdullah.. nekadnya tidak kembali ke kancah dulu.. hatinya pada Dia.. "aku takkan jatuh hati dengan maksiat lagi.. bantu aku ya Rabbi.."

#ketikasedangmenungguisyak


Comments
1 Comments

1 comments:

cinta03 said...

itulah manusia..
apabila kehilangan yang tersayang baru tersedar, namun dia harus bersyukur, kerana dapat hidayah walupun dalam keadaan perit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...