Blog Fendi Islam: "Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 5

G.E.N.G

January 1, 2013

"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 5

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


suasana di dalam hospital berbau sedih dan pilu dari keluarga haris.. dilihat oleh sekalian jururawat yang berada di dalam hospital.. hanya riak wajah menggalakkan sabar dan tenang mampu diukir di wajah mereka..

masa berlalu.. tanpa ragu, kelibat lisa muncul di hadapan wad.. lisa menuju betul-betul ke arah ibu dan bapa haris.. di salamnya ibu haris.. namun ibu haris sedikit tegas.. "lisa! kenapa lisa tak pernah nak bagitahu mak cik tentang sakitnya haris?"

raung ibu haris. kenapa lisa.. kenapa lisa buat keluarga mak cik macam nih.. bapa haris terus menenangkan si ibu. lisa terus kelu.. kelu tidak tahu apa yang disoal oleh ibu haris? apakah sakit haris? apakah rahsia haris.. 

"mak cik.. apa yang lisa tak bagitahu nih mak cik.." lisa penuh sayu.. penuh rasa bersalah.. ibu haris terus menangis.. makin payah untuk dia terima suratan ini.. haris satu-satunya anak sulung disayangi.. benar-benar sayang dia.

lisa masih tidak mendapat jawapan dari ibu haris.. lalu ibu haris terus mendiamkan perkara itu.. di tuju satu ruang. lalu tunduk.. di pujuk lagi si bapa haris.. terus ibunya dipangkuan bapa haris.. lisa makin bingung..

dituju pula ke arah kamil.. yang turut jauh termenung.. yang masih mengenangkan kenangan bersama haris.. teringat satu ketika.. haris bercerita tentang angan-angan perkahwinannya yang inginkan style lama..

style dulu-dulu katanya.. semangat si haris berkongsi keinginan dia.. diingat lagi kenangan bermain tenis.. kenangan bermain badminton.. dan kenangan mendaki gunung chanang.. semua seakan terus segar dalam ingatan dia..

lebih-lebih lagi, haris seorang yang tidak pernah pula menceritakan masalahnya pada orang lain.. dia sering mendengar dan menasihati masalah orang lain.. ya.. itulah haris..

"kamil! kamil! kau bagitahu aku.. apa sakit haris? aku tak tahu apa-apa.. kenapa mak haris tanya aku macam tu kamil..?" rayu lisa secara tegas pada kamil.. lisa benar-benar ingin tahu.. perasaan simpati dalam dirinya penuh.

kamil mengangkat muka.. benar-benar dia tidak tahu adakah dia patut menceritakan hal ini pada lisa. ya, barangkali dia benar-benar harus menceritakan.. dan mungkin ini sebabnya haris berpisah dengan lisa..

tiba-tiba kamil mendapat penjelasan tersendiri.. ya, dia seakan-akan benar-benar mengerti niat haris.. diingatnya juga satu mesej dari haris yang menyuruhnya tengok-tengokkan lisa.. sebelum exam mesej itu..

kemudian, diceritanya pada lisa satu-persatu.. namun tidak berkenaan perkara yang baru dia tersedar.. tidak mengenai kenapa haris tinggalkan lisa.. kerana dia masih tidak mendengar penjelasan yang jelas dari haris sendiri..

"ya lisa.. haris memang dah tak ada harapan.. bila-bila masa dia boleh pergi.. bergantung pada semangat dia.. sekarang dia tengah koma.. doktor tak ada bagi jaminan hidup atau mati haris..." jelas kamil di bicara terakhir..

segala persoalan lisa dijawab dengan penuh berita sedih. lisa terkedu.. menangis dia.. sedih dia.. kecewa dia.. pilu dia.. dan turut memberontak emosi dia.. dia tidak dapat menerima.. haris akan pergi..

luruh laju air mata dia.. "kamil.. aku tak tipu.. aku masih sayangkan haris.. aku susah nak lupakan dia. walau rasa benci kadang-kadang ada.. dialah cinta hati pertama aku kamil.." lisa jelas pada kamil.. kamil hanya kaku..

"macam mana kita nak selamatkan haris kamil? kau bagitahu aku sekarang kamil.." lisa menggila.. seakan tidak sedar yang dia harus menerima qadak dan qadar..

"sebenarnya lisa.. bersambung..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...