Blog Fendi Islam: Aku Bodoh

G.E.N.G

May 30, 2013

Aku Bodoh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


lama tak memblog.. ari nih aku nak blog pasal kisah hidup lah sikit.. tentang realiti dunia.. dalam dunia nih memang ada mcam2 jenis manusia baik yang kite kenal mahupun tak kenal.. 

aku bodoh.. senang sangat tertipu.. aku bodoh.. senang sangat diperdaya.. aku bodoh.. aku mudah buat baik ngan orang.. tapi kalau dah tu sifat aku yang mudah buat baik bila orang baik nak buat mcam mana?

nak ubah sikit2 tuh mcam boleh la.. tapi kalau dah banyak tuh susah.. susah weh.. kalau dah biasa.. nih al kisah aku sendiri yang mudah percaya.. padahal aku tak kenal asal usul dia mana?

tapi, dalam masa hampir 2 minggu lebih aku rasa aku dah kena tipu, aku kembali pada fitrah jika nih kehendak Dia.. tak ada yang boleh lawan.. kalau Dia kata jadi, tetap akan jadi.. kalau Dia kata tak, tak ada yang boleh halang.

dalam penantian tuh, memang aku sangat kesal.. memang aku sangat muhasabah diri.. bukan kerana sayangkan duit.. tapi sesal kerana kenapa aku taksub? kenapa aku cintakan dunia yang amat sangat..?

dalam masa diuji tuh jugak, aku merintih kembali pada Dia.. aku merayu dan redha dengan apa yang Dia dah bagi.. apa yang Dia dah kurnia pada aku.. aku patut bersyukur..

memang aku bersyukur.. sehingga aku dapat dan dikurniakan idea dalam masa yang sama untuk buat baju.. ya, baju Kelantanese.Brotherhood.. aku harap moga2 ada rezeki aku kat situ.. aku tak harap lebih.. cukup sekadar maju..

tapi semalam.. aku dapat panggilan.. macam rasa nak rebah kejap.. bukan sebab berita yang teruk atau negatif ke apa.. tapi sebab berita yang mungkin boleh bawak aku gembira.. boleh beri aku kekuatan untuk akur pada Dia..

ya Allah.. indahnya sabar dalam mengharungi ujian dariMu.. indah ya Allah.. sangat indah.. 2 minggu lebih aku bersabar.. dan panggilan telefon semalam buat aku derai selaju2 deraian air mata.. ya.. sebab aku gembira..

tapi aku tak meletakkan setinggi2 harapan.. aku harap aku tidak bodoh lagi je. aku harap Allah menguji aku dengan persediaan aku yang lebih baik.. aku menangis semalam.. terasa teruja dengan ujian Dia.. sangat indah..

kebetulan plak, aku baru habis presentation defence.. untuk research yang aku buat skrang.. so, perasaan seronok dngan feedback yang positif dari para pensyarah tuh memang ada.. syukur. komen2 membina walau ada yg kurang.

sekian.. stakat nih je aku rasa nak bercerita.. lain kali akan menyusul.. insyallah aku akan lebih rajin mencoret.. nih ruang aku.. dah nih blog aku.. moga Allah swt redha..



Comments
1 Comments

1 comments:

Farra Irana said...

belajar untuk ada pendirian diri yang tetap. awak boleh (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...