Blog Fendi Islam: 10 Persoalan, Maklumat Print & Jilid Di Lily

G.E.N.G

June 28, 2012

10 Persoalan, Maklumat Print & Jilid Di Lily

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahaha. disebabkan ramai yang mesej2 aku, ya, aku paham. kini tiba masa kita semua nk print2 dan nak jilid2 kan. haha.. so, meh sini nak bagi info. kuang2.

  1. fendi! weekend bukak tak?
    • ya.. bukak. hari sabtu dan ahad pukol 8.30 pagi, sampai pukol 6.00 petang. 6.01 jangan kacau. mereka2 nak siap2 nak balik dah. makeup2 lagi..
    • hari biasa, pukol 8.30 pagi sampai 9.00 malam. 9.01 malam tak payah datang dah. mereka nak kira2 duit untung ke rugi. haha.
  2. fendi! brape harga print kat lily itam and kaler? 
    • oh yeah!! kalau hitam rm 0.06 sehelai. tak ada limit muka surat. 1000 helai pun harga nih.
    • dan kalau warna, 30 helai ke atas jadi rm 0.50 sehelai. kalau kurang rm 0.80 sehelai.
    • menggunakan kertas 80 gsm. cap Doubel A weyh! hahaha. bukan cap mesra kiat atau maidin.
    • menggunakan printer lazer cap Richo. hehe. mahal nih.
  3. fendi! kalau nak tambah bilangan jilid?
    • oh! suke hati! tambah je lah.. kurang je harga dah jadi lain. rm 18 sebijik. kalau 3 bijik dan ke atas rm 16. kalau dah buat 10 bijik, try lah mintak murah lagik. pastikan bawak pisang goreng untuk mereka. haha.
  4. fendi! harga sebenar jilid?
    • haha. tak ada harga tipu ok kawan2.
    • kalau dah buat 3 bijik ke atas rm 16. kalau kurang rm 18 sebijik.
  5. fendi! macam mana prosedur nak jilid? kena hantar sendiri ke lily?
    • persoalan nih agak menarik! opkos. sy takkan hantarkan. tak terdaya pulak nanti.
    • so, anda2 pergi ke lily. kalau nk print tesis, sila naik ke atas, tangga sebelah kiri.
    • kalau anda dah siap print dari rumah, bilik, dan sebagainya, terus masuk ke kedai, dan pi kaunter bawah, dan jumpa si akak lia. lia ok. lia. lia. ingat?
    • then, cakap 'sy nak jilid tesis. dah booking. under fendi adenan.' hehe. kalau under saya lah. kalau tak under saya pun, cakp je dah jilid dan dah booking.
    • pastu, bgtau fakulti apa. nanti dia keluar buku, korang mentioned nama, dan dia akan tick. or buat apa yang patut. bagtau lah nak berapa copy jika ada perubahan dari 3 copy yang asal.
  6. fendi! kalau tesis saya tebal? macam mana?
    • hehe. tahniah. anda bakal tambah duit sikit. haha.
    • tapi, x de la kalau tebal sikit dah kena tambah. mereka akan tahu tebal mana nak kena tambah duit. mereka akan tengok yang dah print tuh. kalau tebal kena jahit tangan siap sulam2 haha.
    • so, tambah rm 3-5 bagi sebijik. insyallah semua tak kena tambah. hehe.
  7. fendi! kalau nak siap kan sehari boleh?
    • oh! opkos boleh. sapa kata tak boleh. hehe. kalau nak siapkan sehari, harga dah jadi lain. sebijik adalah rm25-35 tertakluk kepada berapa sibuk dan berapa menggunung jumlah tesis orang2 lain yang dah booking on time untuk disiapkan. so, berbincang dengan mereka.
    • dan bawak la pisang goreng sekali lagi untuk lagi cepat. haha.
  8. fendi! yang dah booking brapa lama boleh siap?
    • pada mereka yang dah booking, lily menjanjikan 2-3 hari siap. kalau siap awal, mereka akan bagitahu. sebarang kesulitan amat dikesali. mana lah tahu tiba2 ada blackout kat taman u. hehe. siapa tahu.
    • so, sila bersabar jika ada kerumitan. tak perlu kita hangin sana sini. lumrah dunialah tuh. hehe.
  9. fendi! nak bayar kat ko ke tesis tuh?
    • oh! opkos lah takkkk!! haha. korang bayar full kat sana sebelum siap jilid atau selepas. mana2 pun boleh. janji bayar. 
  10. fendi! macam mana dengan kaver warna dan tulisan kat depan untuk jilid tuh?
    • hah! korang hantar je full print untuk nak gi jilid. mereka akan tahu tajuk anda nama anda dan fakulti anda untuk di buat kaver. jika salah eja, salah lah dia. jika salah benda2 lain, salah lah jugak.
    • sebab mereka takkan cek lah pulang spelling ke apa. mereka just fotostat untuk jadikan tulisan itu warna gold! ngerti? heheh
ok. jika ada sebarang pertanyaan, sila kemukan. saya akan sedaya membantu. demi membangunkan industri percetakan, publisiti dan penyiaran negara. haha.

fendi! kalau saya tak ada duit? ha, mesej kat henset aku. nanti aku bagitahu cara. mudah je. haha.


Comments
1 Comments

1 comments:

ERAZ FADLI said...

blogwalking ke sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...