السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
lumrah! bila dah bercinta. mula2 tak nampak mana baik. mana buruk. bila dah rasa yang dipilih konon baik tuh bertukar jadi tak baik, apa lagi. tukar lain lah. hahai. dunia cinta, memang payah dan ranjau.
bercakap pasal pasangan yang dah kapel, then, break! clash. 'ok, fine.. sy terima keputusan awak. moga awak bahagia dengan orang yang awak pilih dengan sebab yang awak beri.. kita tak sehaluan lagi..'
tapi, sebab apa ex nak rujuk balik ya? tidak kira jejaka mahupun wanita. kenapa? kenapa? adakah..
- kerana perbuatan yang dilakukan dulu terjadi pada dirinya semula. ('i nyesal tinggalkan you..')
- kerana dulu dia meninggalkan, dan kita dia ditinggalkan. dan mencari semula..(' i dah tak de sapa2 dalam hidup i..')
- kerana menyesal? ('adakah saya menyesal?')
- kerana famili tetap tak terima jejaka baru atau gadis baru. dan masih suka yang ex. ('apapun, mak tetap tak terima dania tuh! mak nak nora jugak..')
- kerana terkenang jasa dan budi ex? kenapa sekarang? ('awak banyak tolong saya.. sampai saya habis belajar..')
- kerana beristikharah dan mendapat petunjuk exnya adalah calon terbaik.('adakah dia ya Rabbi?.. sungguh aku telah meninggalkan dia..')
- kerana tidak mahu menjatuhkan maruah keluarga? ('kad kahwin dah edar.. satu kampung dah tahu.. takkan kamu masih nak batalkan?')
- kerana masih tidak temui perasaan yang benar2 cinta pada pasangan baru berbanding ex? ('aku masih teringat pada dia..')
- kerana ex dah makin cantik. ('awak ke nih?')
- kerana ex dah makin kaya. ('hahai. dah tukar kereta.wooo..')
- kerana ex dah berjaya ('maju dah dia sekarang.. tapi aku..?')
- kerana ex dah berjaya sambung master? phd? ('awak dah berpangkat Dr?')
- kerana diri sendiri dah berubah mencari redhaNya? (mohon agar sentiasa diberi petunjuk.. pilihan yang tepat..')
- kerana diri sendiri dah sedar memilih orang yang sayang kita lebih baik dari memilih orang yang kita sayang? (yeah!)
haha. banyak2. selebihnya fikir sendiri. apa yang kita buat, kadang2 akan berbalik pada kita semula. kalo kita kecewakan orang dengan sengaja, atau kononnya terpaksa, yeah. its come to you back.