perkahwinan adalah sebahagian daripada proses menjadi dan bukan mencari cinta. mengapa boleh seseorang lantas mencari cinta tanpa sedar? 'menjadi' adalah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.
- jika tidak soleh dia, maka menjadi solehlah dia apabila berkahwin.
- jika tidak solehah dia, maka menjadi solehahlah dia apabila berkahwin.
- jika tidak tahu mencinta dia, tahulah dia mencinta keranaNya apabila berkahwin.
- jika lupa dia akan tanggungjawab, maka jadi tanggungjawablah dia apabila berkahwin.
- jika jauh dirinya dengan pengalaman, makan menjadi pengalamanlah dia apabila berkahwin.
- jika dia tidak menghargai cinta, makan menjadi hargailah dia tentang cinta apabila berkahwin.
- jika payah bagi dia menunjuk rasa cinta, maka menjadi mudah baginya menunjuk rasa cinta apabila berkahwin.
- jika tidak matang dia menilai kehidupan, makan menjadi lebih matang dia dalam mengurus rumah tangga dan kehidupan apabila berkahwin
mencari cinta mungkin kerana jiwa kosong. mungkin tidak terbiasa tanpa kasih sayang. mungkin tidak boleh melihat orang lain yang turut saling mencintai.