Blog Fendi Islam: "I Need Lelaki Kaya!"

G.E.N.G

December 6, 2012

"I Need Lelaki Kaya!"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


wah.. mudahnya bila ungkapan ini lantas datang pada seorang gadis. gadis bagaimanakah yang bisa menginginkan lelaki kaya sebagai tampuk kepimpinan keluarga dan rumah tangga.

ya, tak salah jika gadis mengatakan sebagai jaminan hidup. tapi hidup di manakah yang gadis2 ini impikan? dunia semata2? "ingat miskin sebelum kaya." "ingat sakit sebelum sehat" "ingat sempit sebelum lapang". 

lupakah anda2 wahai gadis? kenapa mesti masih melihat pada kekayaan seorang lelaki dalam memacu institusi keluarga anda kelak? lumrah? erm, ya, lumrah yang manusia akhir zaman kini ciptakan sendiri. 

for what lelaki kaya in your life ekceli? erm, speaking orang putih kejap.. hee.. the reason is for the happiness of the relationship? 

  1. bila si suami belikan rumah besar! wah! gembiranya.. mesti kondo atau banglo..
  2. bila si suami belikan kereta mewah, mesti bmw dan merz ataupun audi.. baru boleh jalan2 pegi shopping..
  3. bila si suami belikan pelbagai jenis fesyen pakaian.. butik2 mahal dan terkenal mesti jadi tumpuan..
  4. bila si suami hiasi dengan berlian, emas dan segala perkakas perhiasan diri.. barulah glemer hidop ini..
  5. bila si suami izinkan si isteri buat apa yang dia suka.. just bagi kad kredit, cek dan cash utuk isteri dapat apa sahaja yang disukai.

kehidupan beginikah yang diidamkan gadis zaman sekarang? tidak dapat tidak aku menolak taraf hidup dan peredaran zaman kini membawa manusia ke arah semua ini.

tapi, berfikirlah sejenak. semua itu pasti tidak kekal. semua itu pasti akan lenyap dan berakhir..tapi bahagia bagaimana yang sebenarnya? tepuklah dada sendiri, tanyalah dengan iman yang ada..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...