Blog Fendi Islam: "Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 2

G.E.N.G

December 11, 2012

"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


tentangan keluarga bertubi2 pada pasangan mereka berdua.. tidak pernah bapa haris mempersetujui keputusan haris untuk membatalkan perkahwinan. alasannya hanya tidak sayang lagi pada lisa.

keluarga haris turut merasakan sesuatu yang tidak betul disitu. setelah haris keluar dari wad, keluarganya mengesyaki perubahan yang berlaku pada diri haris. dia jadi murung. namun, kadang2, dia sentiasa berdampingan dengan keluarga..

"ibu.. haris nak makan mee kari hari ini.. boleh ibu masak? mana lah tahu nanti dah tak boleh makan.." pinta haris mungkin terakhir kali baginya.. "haih.. apa haris nih.. boleh je lah.." pantas ibu haris membidas..

haris kadang2 bersikap rapat bersama ayah dan ibunya. dia tidak mahu kedua ibu bapanya risau. apatah lagi lisa. dia terpaksa buat lisa membeci dirinya. dia terpaksa. dia tidak mahu lisa sedih hingga tidak mampu menerima kenyataan suatu hari nanti.

hari kian berlalu. keputusan telah dibuat. haris telah membatalkan perkahwinan mereka. rutin harian haris jalani seperti biasa. pergi ke fakulti. belajar. dan pulang. hampir sebulan begitu.. masa berbaki untuk tarikh perkahwinannya sekiranya jadi ada lagi seminggu. 

haris tetap dengan keputusannya.. lisa kini pula semakin kurus. namun, hari demi hari, memang haris berjaya membuat lisa benci padanya. lisa tidak boleh walau mendengar nama haris di hadapan kawan2nya..

"lisa, aku tengok kau dah semakin kurus.. sudahlah tu.. kau kena heppy.. dah lama hubungan kau dengan haris tak ada apa2.. kau tak payah lah mengharap lagi.." pesan wati sahabat lisa.. lisa jadi berfikir..

"siapa kata aku kisah.. kau jangan sebut nama dia lagi boleh tak? aku dah tak ada apa2 dengan dia. so, dah la.. baik kau fokus nak exam.. dah tinggal last paper next week.."

haris dan lisa masing2 menumpukan perhatian pada pelajaran. peperiksaan yang masih berbaki satu subjek dilakukan dengan terbaik. tenat dan sakit pada haris tidak pernah dirasakan sembuh.. haris hanya akur pada Ilahi.

ketika masa di kelas haris kelihatan sehat, ceria dan umpama tiada apa2 berlaku dengan hubungan mereka. ia menambahkan kebencian lisa yang tidak pernah tahu mengapa haris tinggalkan dia.

jika benar haris bakal melanjutkan pelajaran di luar negara, mengapa tidak haris tangguhkan perkahwinan mereka. hingga satu ketika, pernah lisa menganggap haris punyai gadis lain dalam hidupnya.. 

lagi sekali haris berjaya membuat lisa membenci dirinya. haris ketika bersama kawan2 kelihatan sihat. ketika di rumah dan berkeseorangan di dalam bilik, haris menahan tenat di dada dan hatinya. penyakit paru2 berair kadang2 membuat haris lemah.

alasan demam dan sedikit pening kepada diberikan pada rakan2 dan ibu bapa haris. haris tetap ingin merahsiakan segala ujian yang diterimanya. haris memang tak mahu ibu dan bapanya gelisah. lumrah manusia akan pergi.

haris berpegang pada kekuatan yang dia masih cintakan lisa. tidak pernah padam walau sedetik bersama lisa. sesaat mencintai lisa. lisalah suri hidupnya. dari dulu tetapi tidak kini. kini haris redha melepaskan lisa.

sebelum lisa lebih sakit menerima pemergiannya. niat haris baik. tapi mungkin caranya salah. haris sedar. tapi dia tidak mahu membebankan semua orang. dia tidak mahu membuat orang lain risau.

peperiksaan terakhir pada hari ini bakal dijalani. haris bersedia dengan segala ilmu yang dipelajari. haris harus buat yang terbaik. "mungkin tiada lagi examination dalam hidupnya.." haris bermonolog dalaman..

dengan bersungguh haris masuk ke dewan peperiksaan.. dewan masih belum dipenuhi pelajar.. dan.. (bersambung..)


Comments
4 Comments

4 comments:

MissRI said...

I like the art value of the picture that u're using for this entry..=)

Fendy said...

penulisan yang baik..teruskan...

En Tapi said...

cik missRi: heee.. not me the person who make it as a ART..

En Tapi said...

en fendy: trime kaseh.. best je name ko.. macam nama aku.. hehe.. so, name aku pun best.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...