Blog Fendi Islam: "Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 3

G.E.N.G

December 28, 2012

"Rahsia Itu Perlu Sometimes" Part 3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dengan bersungguh haris masuk ke dewan peperiksaan.. dewan masih belum dipenuhi pelajar.. dan kelihatan lisa di hujung penjuru barisan.. masing-masing tenang menjawab soalan peperiksaan..

masa terus berlalu.. dua jam 30 minit.. bukan satu masa yang sementara.. haris terasa sakit tiba2.. dadanya bagai ditusuk.. barangkali sejuk. sejuk di dewan peperiksaan..

melangkah untuk meninggalkan dewan peperiksaan sebelum tamat waktu tiga jam menjawab peperiksaan haris mulakan dengan langkah longlai. dadanya semakin sakit.. dia menepuk-nepuk dadanya.. lalu melangkah.

rebah.. rebah di kaki meja sebelum pintu dewan utama.. semua pelajar yang masih ada menoleh serentak pada bunyi dari arah belakang mereka.. penjaga peperiksaan bergegas menuju ke arah haris..

lisa bangun.. namun, terus duduk kembali.. "haris! kenapa dengan haris.. aku benci dia! tapi.. haris.." lisa bermonolog dalaman.. jauh disudut hatinya barangkali masih bimbang tentang haris.. apa yang terjadi pada haris..

pensyarah kanan yang menyelia di dewan peperiksaan mengangkat haris ke luar dewan.. haris masih sedar.. namun ditekan dadanya.. bibirnya pucat.. mereka bergegas membawa haris ke hospital berdekatan.. 

lisa bergegas turut menghantar jawapan peperiksaan.. dia keluar.. lalu kereta naza ria itu terus berlalu pergi. tanpa sempat lisa mengetahui bagaimana keadaan haris..

lisa jadi bimbang.. namun dia sudah tidak mampu menatap wajah haris jika dia bergegas ke hospital. bagaimana harus dia berhadapan dengan keluarga haris. segalanya telah berakhir.. dia dan keluarga haris tidak ada apa-apa lagi..

lisa terus membatalkan hasratnya untuk turut bergegas ke hospital.. dia putus harapan.. namun masih rasa bimbang dalam diri menebal. "apa kena dengan haris..? tapi kenapa aku nak bimbang? dia mesti sebab penat belajar.. tu dia rebah.. macam aku tak kenal haris.."

lisa bermonolog seorang diri.. ditekan butang pada alat kawalan kunci kereta.. berbunyi kuat tiba-tiba.. lamunan lisa membuatkan dia tertekan butang yang salah.. lalu laju ditekan butang yang lain.. lisa menarik nafas lega..

"apalah aku nih.. terlalu fikir sangat.. sudahlah lisa.. lupakan dia.. kau dah lupa apa dia buat pada kau? so, forget him.." lisa cuba menyedapkan hatinya sendiri.. dia sudah tiada apa-apa dengan haris.. buat apa dia nak risau.. 

lisa memandu pulang.. di dalam perjalanan.. berdetik bunyi dari telefon bimbitnya.. disentuh dengan jari lalu membuka ruang aplikasi mesej.. mesej dari kamil.. "lisa! haris dah tenat.. aku cuma nak bagitahu ko.. aku tahu ko dah benci dia.. harap ko boleh doakan dia.."

lisa terus membelok ke kiri bahu jalan.. ditekan break dengan tiba2.. terhenti lisa di bahu jalan.. meremang bulu romanya.. lisa tertanya-tanya.. "kenapa tiba-tiba tenat?" kemudian... (bersambung..)


Comments
2 Comments

2 comments:

MissRI said...

Theme Song yg baru ni mcm sesuai dgn entry ni.."Rahsia Itu Perlu Sometimes"..=)

En Tapi said...

cik missRI: hehehehe.. ey? agaklah kot.. saje2 je tukar.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...