Blog Fendi Islam: Tak Salah Nak Berkenalan

G.E.N.G

December 4, 2012

Tak Salah Nak Berkenalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dah tido apa? awal lagi.. ilek2 dulu.. tapi, aku sendiri pun dah nak tidur. cuma ambik masa sikit nak post dan share pasal benda nih. tentang berkenalan. ha.. bagus mencari kawan yang ramai dalam kehidupan..

salah satu, biarlah kena pada niat. kita berkawan sebab nak erat silaturahim. sebab nak kembang persaudaraan. kalau berkawan dgn org bukan islam sekali pun, adalah untuk menjaga hubungan manusia dengan manusia.

tapi, zaman sekaranag macam mana? dah lain kan?

"aku kawan dengan die sebab die kaye tu.."
"weyh! die cantik kot, rapat la dengan die.."
"ko nih, tak baik kutuk die, anak datuk tu.."
"rugi ko tak lepak ngan die tadi, dapat test kerete baru.."
"pergh! kalau aku kenal die nih, dah lame aku jadikan best friend.."

benar? tak benar? anda2 la nilai sendiri.. ada jugak..:

"aku cuma nak harta die.."
"die cantik, buat skandal sudah.."
"alah, buat teman makan kluar jalan2.."
"bawak jalan2 je.. kahwin nanti dgn org lain jugak.."
"popular kot.. model.. mesti kene rapat.."

nih ke yang kita2 semua nak dalam satu2 perkenalan? tak terlintas ke tentang kawan yang boleh bantu susah dan senang.. sakit dan sehat.. berkongsi pendapat.. saling menasihati.. tegur menegur.?

keindahan berkenalan sebegini lebih baik diamati.. tidak kira sesama jantina mahupun berlainan. biar ada batas2 dan cara yang betul. jika jejaka dan gadis saling menasihati, boleh jadi berkongsi idea dalam pelajaran. kan bagus..

entah la. dunia sekarang. mungkin aku sendiri pernah terlintas untuk buat begitu. tapi, berubahlah selagi ada jalan kebaikan yang menanti.. amin.. dan insyallah.. segala yang baik dari Dia, yang buruk tetap dari saya.. 



Comments
2 Comments

2 comments:

IQ = Iez Qis said...

niat berkawan biarlah ikhlas, barulah hidup diberkati...

sekian...

XD

En Tapi said...

cik qis: amin.. betol2.. ikhlas.. dan bukan mengambil kesempatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...