Blog Fendi Islam: Mencintai Dalam Diam Adalah Doa

G.E.N.G

December 3, 2012

Mencintai Dalam Diam Adalah Doa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


salam.. pagi.. sejuk gila pulak pagi2 nih.., hehe.. macam biasa, baru arinih aku mula nak berkarya. nak berbelog. dan post aku yang telah sekian lama aku jauh dari dunia blog ini adalah "mencintai dalam diam adalah satu doa.."

ramai orang salah tafsir tentang perasaan. pasal apa? hehe. bagi pendapat aku, mereka sering tumpu pada i love u.. i love u.. i love u.. tahu ke tak duk love2 tu, macam mana nak ekspresi cinta kita lebih dari pencipta?

tak boleh la kite duk love2 pada manusia je. kene la dengan Pencipta kita skali. bukan mudah nak mencintai Pencipta? haih.. dengan solat 5 waktu telah melabuhkan cinta kita pada Dia. telah buat kita jatuh hati pada Dia. 

susah ke? insyallah, boleh buat.. dalam mencintai manusia, lebih baik dalam diam. ape yang diertikan dalam diam? bukan bermakna si pencinta nih penakut. pengecut atau tidak berani dalam soal cinta. akan tetapi..

si pencinta berserah pada takdir Ilahi. dia tahu jodoh dari Pencipta lebih agung. kalau sudah jodoh takkan lari kemana2 punya. dan itulah satu doa. secara tak langsung mencintai dalam diam adalah doa.

pahamkah anda2 semua? jika masih tidak faham cuba anda duduk sejenak di suatu ruang. pejamkan mata, fikirkan apakah cinta terutama dalam diri anda? adakah bayangan seorang gadis atau jejaka? atau kesetiaan anda pada Allah dan rasul?

tepuk dada. kuatkan diri, utamakan cinta agung. nescaya kita akan temui cinta Allah yang agung. dan Allah akan alirkan rasa cinta kita pada manusia dengan cara yang lebih mudah dan jalan yang terbuka luas.

sungguh ilmu aku sendiri tidak luas dan tidak lapang. mana yang positif, cuba aku kongsikan, mana yang negatif, aku ketepikan. mari sama2 mencuba.. moga2, dgn ilmu yang tak seberapa, ada yang menuju jalan bahagia. amin..


Comments
2 Comments

2 comments:

MissRI said...

InsyaAllah.. =)

En Tapi said...

cik missRi: amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...