Blog Fendi Islam: Aku Tertarik Perkahwinan Simple Namun Hikmahnya Bahagia

G.E.N.G

August 24, 2013

Aku Tertarik Perkahwinan Simple Namun Hikmahnya Bahagia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


as'salam.. menjengah usia.. menjengah kehidupan.. masa kian berlalu.. aku rasa pasti tiba waktu tu.. cepat atau lambat sahaja yang aku masih tak tahu.. kalau cepat, ameen.. baguslah tu.. kalau lambat, ada hikmahnya.. tidak aku paksa.

aku jadi tertarik.. melihat perkahwinan yang ringkas.. tidak berlebih2.. dan sangat bahagia kelihatannya.. cukup indah.. tak perlu indah mata memandang, berat memikul hutang..

perkahwinan kini:

  1. nak segala yang grand2.. 
  2. pakaian kena gempak2..
  3. hiasan nak mahal2..
  4. pelamin kena besar2..
  5. kad kawen kena wangi2..
  6. baju persalinan kena berpasang2..
  7. makanan kena banyak2 lauk..
  8. dan berbagai lagi.. semua kerana ape?




berbalik pada pendapat aku.. tak kurang dan tak lebih kerana kita nak orang tahu? nak orang nampak? nak orang lihat? cuba dalam menguruskan majlis perkahwinan, kita tetapkan hati, bahawa Allah swt suka dengan bersederhana..

tak cukup itu, dikatakan pulak kahwin kan sekali seumur hidup.. itu benar.. amat benar.. dah tuh memang kena membazir dan berlebih2 kah? aku tidak bersetuju jika perkahwinan ini memberi beban.. ya, pada yang mampu mungkin kelihatan, "alah, dieorang mampu.."

tapi indahnya jika yang teramat mampu itu turut bersederhana.. pasti memberi tauladan pada yang lain. tidak silap sama sekali.. yang kurang mampu akan merasa perkahwinan nih mudah.. tidak terikut2 dengan segala yang berlebih2..

gambar2 yang aku share nih memang benar2 buat aku tertarik.. buat aku termenung dan terfikir masa dan tarikh yang sesuai untuk aku menetapkan dan mengakhiri zaman bujang aku.. insyallah.. dengan izinNya.. ameen..

tahniah buat Juara program Solehah musim pertama yang ditayangkan di TV AlHijrah iaitu Amie Sofia telah pung melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini.. sungguh indah aturan Dia.. bahagia terasa melihat mereka jua bahagia.. inilah hikmahNya..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...