Blog Fendi Islam: "Macam Nak Bunuh Kau!"

G.E.N.G

August 18, 2012

"Macam Nak Bunuh Kau!"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Istigfar jugak aku sepagi hari ni. dari lepas masuk waktu imsak, sampai 6.45! demn! aku kerjakan hasil tinggalan si binatang peliharaan adik aku! but, sorry, i feel like want to cincang2 it n bagi rimau makan!

tuh lah feeling aku yang dah macam hantu bila benda macam tuh jadi. benda apa? oh, sangatlah menarik! bila si kucing kencing atas tilam kau! kau suka? kau suka? sila tepuk tangan!
  1. sudah je imsak, dan gembira dengan kejayaan fazley master chef, aku senyum lebar dan tumbang gembira.. (tengok tv ulangan..)
  2. aku masuklah bilik! then, ngadap laptop jap. 
  3. eyh, tetiba rasa nak kemas katil jap.. (macam biasalah..)
  4. then! ya rabbi! tompok air atas katil!! (sumpah aku cek kain pelekat aku!)
  5. aku belek2 kain aku.. aku raba2. eyh! aku tak kencing dalam kain! aku tak kencing! 
  6. aku membawa hidung aku (memang boleh bawak pun) menuju laju ke tompok air tuh!!
  7. ya Allah!! time tuh, berderu darah aku! menyirap ke seluruh badan! (puasa2..)
  8. macam nak pecah dinding bilik aku tendang!! mencarot? tak payah cakap lah. memang dah terkeluar! aku dah tersumpah kucing tuh!
  9. terduduk aku seketika! mengenangkan aku kene uruskan kencing kucing atas katil kesayangan aku?
  10. oh.. aku pujuk hati aku dgn redha dan pasrah. aku berkata.."kalau kucing nih tak kencing, mesti aku tidur lepas subuh dan bangun time matahari pacak!
  11. aku pujuk lagi.. "kan puasa, kucing nih dihantar untuk uji aku.."
  12. aku jadi geram. tapi kenapa kencing?
  13. aku pujuk lagi, "eyh, mungkin sebab raya, aku tak beli baju raya baru tapi dapat tilam baru.."
  14. teringat mak aku duk tnya 2-3 hari lepas, "nak baju raya tak? pergilah beli.. ambik duit tuh.."
  15. aku? "tak tahu lah. malas lah.."
  16. oh, rupenye, aku bakal dapat tilam raye!!! sukenye!! (macam haram jadah aku layan fikiran aku sorang2..)
  17. now, aku tengah menulis blog. setelah aku uruskan tilam aku!
  18. sumpah aku takkan basuh, cuci or whatever! jawapannya, buang! padan muke!
  19. bau kencing kucing? tak tahu? oh, sangt seronok, boleh buat perfumelahhh! 
  20. sape2 yg baca, tak payah gelak lebih! anda akan rasa perasaan apa yg sy rasa jika anda ditempat sy! atas katil ok! sy ulangi! atas katil!! 
  21. dan tambah lagi, masa aku nk bawak tilam tuh campak kat luar rumah!! air kencing tuh kan masih fresh! aku dah cuba pastikan tak menitis dilantai!
  22. tapi akibat kucing yang _ _ m _ itu kencing dengan banyak dan macam haram, tak dapat selamat kan kedaan. 
  23. bertambahlah membara hati aku. air kencing menitis2 di mozek rumah! color kuning pekat pulak tuh! ohh!! sabar fendi! sabar!
  24. nak kena pulak aku mop! bukan mop biasa2! aku pantang! aku akan mop dengan 10 campuran ramuan air sabun supaya aku puas lantai berkilat wangi dan tidak ada lagi perasaan air kencing disitu!
  25. ya rabbi! tengah2 dah sudah mop! aku nampak suspek yg disyaki! dengan perasaan marah dan geram nak mampus, aku meluru berlari dan membaling mop ke arah kucing itu tanpa perasaan belas kasian.
  26. maaf! maaf buat cat lover!! i have to! i have to! geram dia hanya Dia yang tahu! 
  27. tapi tak kena! ya! tak kena! oh, aku pujuk lagi hati aku, "kalau kucing tak kencing, aku tak rajin pulak mop satu lantai rumah nih. kan dah wangi bau nya.." 
  28. eyh2, sedap pulak bila dapat fikir macam tuh! haruman febreze bersama kolobrasi downy membahagiakan disegenap ruang rumah aku. wangi..
  29. sedikit tenang disitu. dan dah rasa boleh solat. 6.50 pagi. tidak seperti biasa.
  30. dan kini aku punyai pendam yg mendalam pada kau kucing! selagi aku tak dapat tilam baru, kau jadi bayangan musuh aku. aku nampak kau, aku hadiahkan kau libasan lidi yang indah dipunggung kau!
  31. kalau aku tak ajar, lagi kau buat nanti! padan muke!
  32. dah! cukup sampai 32 bebelan aku yang tak mampu aku luah kat mana2 selain sedaphatimenduaa aku. 
pada yang ada kucing, jagalah korang. memang korang dah latih, konon kencing kat tandas lah. luar rumah lah. tapi, kalau benda nak jadi, tetap jadi. u will feel what i feel. best sangat! ulangi lagi. katil ok! katil! haih!!


Comments
1 Comments

1 comments:

PemilikCahaya said...

owh, aku suka kucing, tapi jgn la sampai pukoi die tu..sian dier..kalau aku pon pantang najis2 menatang atas katil aku, tp kita elak la dgn jgn bagi lgsung kucing masuk dlm rumah aau bilik..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...