Blog Fendi Islam: Bunga Dah Ada, Tunggu Petik Je..

G.E.N.G

June 18, 2013

Bunga Dah Ada, Tunggu Petik Je..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


dalam meniti kelewatan usia nih, memang aku semakin hampir memikirkan untuk berumah tangga.. dah bersediakah aku? menjadi seorang suami dan seterusnya bapa bila mana diizinkanNya.. bukan mudah.. ya.. bukan mudah..

x semudah ungkapan cinta yang penuh bunga2 tu.. sama sekali tidak.. tanggungjwab ia amat besar.. bersediakah aku? haih.. belom tentu.. masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.. tiap orang ada matlamatnya..

insyallah aku mengidamkan sebuah keluarga yang syumul dan penuh bahagia suka dan duka.. usahlah bersedih sekiranya kita ditimpa ujianNya.. bukankah itu tanda Dia suka.. tanda Dia sayang?

menyingkap kehidupan jahiliah aku yang lalu serba sedikit memberi pandangan hitam dalam titik tolak mulanya aku mengenali dunia.. aku seorang pendosa.. penuh dusta dan nista.. nasiblah aku sedar awal..

seawal aku masih menjadi seorang anak muda.. dan bukan suami atau bapa pada anak2 aku kelak.. seluas2 pintu taubat insyallah akan sentiasa terbuka buat hambaNya..

dan kini, aku membahagiakan diri aku dengan membuat orang lain bahagia.. biarlah aku menumpang kasih sekadar memerhati mereka bahagia.. jika tu jalan yang lebh baik supaya aku tidak lagi menjadi pendosa..

aku serik.. aku rasa dah cukup sudah.. tak perlu lagi aku ungkit kisah lama.. cuba ia takkan luput malah hilang terus dari benak pemikiran aku.. hanya lintasan memori yang kekadang buat aku kembali mengingati..

aku tidak cinta kehidupan aku yang dulu.. tapi aku cinta pada bagaimana Dia menyedarkan aku dalam keadaan aku menjadi pendosa.. ya Rabbi.. kau hadirkan lah saudara, teman, sahabat dan rakan yang membawa aku baik..

yang membawa aku ke jalanmu.. yang membimbing aku ke pintu rahmatmu.. tidak sesekali aku membenci manusia dengan mudah.. kerana kami sama disisMu.. kerana kami tetap hambaMu.. ameen..

dan tentang bunga dah ada, tunggu petik je bukan bererti aku sudah punyai pacar.. bukan bererti aku ada penyeri taman hati.. tapi aku percaya adam dicipta untuk hawa.. hanya masa dan takdirnya yang menemukan.. insyallah..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...