Blog Fendi Islam: Bercinta Dengan Jin

G.E.N.G

April 29, 2012

Bercinta Dengan Jin


banyak ragam kehidupan dan konflik yang seseorang boleh hadapi. ingat, para jin dan syaitan memang sentiasa ada dikeliling kita. kalau mereka tidak menyesatkan dalam perkara-perkara besar, perkara yang kecil menjadi mangsa.

memanglah syok bercinta dengan manusia. perasaan kasih dan sayang. pernah terfikir bercinta dengan jin? apa maksudnya? bagaimana anda nak atasi jika anda ada pendamping dimana ia adalah jin. jin nih banyak jenis.
  1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
  2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
  3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
  4. Al-Afrit - Penipu-penipu
  5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
  6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
  7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
  8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
  9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
  10. Al-Ummaar - Pemakmur.
En Tapi nak kongsi cara yang paling mudah untuk tidak menjadikan perkara ini semua sebagai satu perkara yang bermasalah. namun diingatkan. bagaimana benda-benda nih semua boleh datang?
  1. datang dengan sendiri atau singgah ketika kita tanpa sedar.
  2. dihantar oleh mana-mana pihak yang berniat tidak baik.
  3. keturunan yang mengamalkan perkara-perkara ghaib.
  4. kurang penjagaan diri akan kuatnya semangat dan keyakinan.
  5. amalan-amalan harian yang tidak sehat dan tidak dijaga.
macam mana nak atasi? cubalah perbanyakkan amal yang soleh dan solehah. beringat akan mana asal usul kita sesama manusia. mungkin payah kita nak ingat akan sakit ketika mana kita terlalu gembira.

sakitnya kita akan kenang dan mohon doa padaNya. En Tapi harap para gadis dan jejaka tidak terlalu leka dan mengambil mudah dalam soal ini. sekali ia terjadi pada diri kita, ia menjadi kenangan dan pengajaran seumur hidup.

selagi boleh nak hindar, ikutlah cara dan amalan yang betol. En Tapi sekadar nak berkongsi.
  1. solat lima waktu tidak tinggal.
  2. jaga rukun iman dan islam sebaik mungkin.
  3. perbanyakkan mengaji al-quran.
  4. yakin pada diri akan segala dari Allah swt.
  5. usah banyak berfikir dan termenung.
  6. lakukan perkara yang patut dilakukan seperti biasa.
  7. lawan akan perasaan lemah diri.
  8. selalu berzikir dan ingat akan perkara yang baik-baik.
  9. jaga diri dalam setiap perbualan, perbuatan dan tingkah dengan orang lain walau di mana sahaja tujuan kita berada.
  10. mintak maaf dengan segera sekiranya ada kesilapan sesama manusia.
p/s: Bahawa syaitan bersumpah akan terus-menerus (menggoda manusia), tidak ada masa rehat darinya.


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...