Blog Fendi Islam: Petua 'A' & 'A-' Studio

G.E.N.G

April 27, 2012

Petua 'A' & 'A-' Studio

as'salamualaikum. pagi jumaat yang best gila bila mana mata tak berapa nak tidur lagi. buat rakan-rakan yang dah bersiap nak pergi studio. bagus. hehe. En Tapi dan rakan-rakan seangkatan bakal berguling-guling di atas katil tanpa risau akan peta, konsep, report dan sebagainya. hehe.

studio? apakah ini. post nih mungkin bukan semua orang faham. certain-certain golongan sahaja. yang tahu pasal studio. dan 'opkos' bukan studio jamming or recording. berapa lama dah anda-anda dengan studio? hehe.

aku kongsi sikit lah pengalaman aku dan orang lain barangkali. susah ke studio? 5 kredit hours? 6 kredit hours? ada yang sampai 7. hehe. so, memang penting. sekarang cerita pasal studio sahaja. tak berkait dengan subjek sangat.

macam mana nak dapat A? atau A-? haha. mudah ke payah? kunci utama bergantung pada pelajar jugak. tapi ingat, A bukan segala-galanya dalam hidup anda. pengalaman yang dipelajari ketika mana ingin mendapat A atau A- adalah yang berharga.


1. menerima seadanya siapa sahaja ahli kumpulan anda
haha. part nih paling best la. studio takkan lari dari kerja-kerja group. percayalah. walau bila dah sem last studio still akan ada kerja individu. apa yang pasti anda harus bersikap amat terbuka. usah merungut 'lah, dia group aku?' ingat, mungkin anda sendiri jugak tidak disukai oleh orang lain. oleh itu terima.


2. relakan diri menjadi ketua/penolong sekiranya terpilih. 
yeah! memang tak dinafikan, ada antara pelajar memang dah terserlah dia punya bakat dalam memimpin. dan pimpinan dia diperlukan. jika anda orang itu, ambil peluang itu sebagai cabaran. bukan kutukan atau bahan lawak rakan-rakan.


3. jadi anak buah atau ahli kumpulan yang reti bahasa dan tanggungjawab.
yeah! kalau kita tidak terpilih dan tidak ingin menjadi pemimpin, kita sebagai pengikut, perlulah saling bantu. jadilah anak buat yang bertanggungjawab. bukan hanya tanggungjawab depan pensyarah sahaja. tapi bersama-rakan.


4. saling bagi idea dan bukan membisu seperti anda tidak wujud. 
haha. kalau dah selalu cakap pun, tak dapat A jugak. kalau dah terlebih diam pun senang je dapat A. haha. diam-diam ubi berisi, jika berisi rasa tak sedap dan dicaci tak guna. kecoh-kecoh kucing nak beranak, bila dah beranak, kacukan parsi, ramai yang nak. mudah sahaja, anda pilih untuk berkerja secara diam kononnya anda banyak idea tersendiri mahupun anda memberi idea dan saling membantu sebagai satu pasukan.


5. mendengar pendapat orang lain secara telus sebagai perbincangan.
pergh! teringat pulak. macam nak angkat kerusi hempuk atas kepala pun ada. haha. nih perkara biasa. pendapat yang bercanggah. selalulah saling soal menyoal. dalam satu kumpulan, mesti ada watak pemprotes dan watak pemberi idea. tak semua dalam kumpulan nak kena bagi idea dan portes sahaja.


6. kalau berhujah biar ada justifikasi. bukan pakai lutut. hehe.
adoi. dalam berbincang standard lah kalau bergurau-gurau. make fun. haha. tapi, kalau dah lebih, ingat, orang lain memerhati tiap perilaku anda dalam kumpulan. adakah idea anda omong kosong atau logik akal berdasarkan penekanan kepada orang awam dalam merancang.


7. meeting jangan tak datang, datang, tak datang.
haha. nih bukan soal apa. atitud je pun. tak ada la nampak teruk sangat. tapi teruk jugak lah. meeting penting. at least anda tunjukkan kehadiran anda. percayalah. rakan-rakan dalam kumpulan akan menghargai kedatangan anda walau sekadar mendengar dan salin apa yang patut.

8. pergi site harus enjoy dan bekerja sekali
pergh! nih part yang paling best. tapi ingat. segala data mak nenek tak payah nak buat-buat lupa mintak atau apa. sebab, nanti dah balik usah ada yang nganga sebab kekurangan data. ia akan memberi kesan yang mendalam dan negatif. 'bila pulak nak pergi site' haha.. pandai-pandailah. 'senior.. oo senior.. heheh..'

9. luahkan masalah, ketakfahaman, dan kebluran ketika meeting group.
tak dinafi, mesti akan ada yang lost world of tambun! dia akan tercari-cari mana halu tuju kumpulan dia. haha. so, bantu lah kalau perasan ada member macam nih. ingat. usah biarkan dia dengan dunia dia. sebab, anda akan berkerja dengan dia sebagai ahli kumpulan.


10. kenalpasti kekuatan dan kelemahan ahli studio. haha. bukan nak menilai. memang menilai jugak lah. tapi memang dah lumrah, takkan orang tak reti buat pelan atau kurang dari segi teknikal nak suruh dia buat benda tu? haha. 'ya, tapi kalau semua benda dia tak reti' hahai. usah begitu. Tuhan dah cipta segala kecukupan dan kesempurnaan untuk setiap orang. cari kelebihan dia untuk dia menyumbang pada group.


11. awas pada prasit. 
haha. spesis nih kadang-kadang ada. kadang-kadang tak ada. dia akan melihat kelebihan seseorang, dan menumpang sebagai memudahkan urusan dia yang kono-konon turut buat kerja. jangan risau. kita sama-sama ada mulut. saling tegur-menegur. usah takut dan bimbang. jika anda baru tahun 1, ada 3 tahun untuk bersama! dan jika seterusnya. haha. detik-detik nak ada studio macam nih la yang ditunggu-tunggu.

12. progress dengan pensyarah.
ya. nih pulak lain cerita. tiap-tiap pensyarah, lain maksud dan keinginan dalam perkara yang dia nak. ada nak macam nih. ada nak macam tuh. hehe. payah kan? ada yang kata B.. yang nih kata C. oh! ini sangat biasa. anda akan stress untuk menentukan kehendak siapa lebih penting! mudah sahaja! kehendak anda dan orang awam dalam merancang yang paling penting. anda cuma perlu ada justifikasi. kenapa dan kenapa. jika kenapa dan kenapa mampu membunuh peluru pensyarah, its the end they will proud of you.


13. saling back up mem backup. 
yeah! di sini tentang soal keprihatinan. kalau dah tahu yang si A nih tak tidur dari semalam, yang si B C C E F G H I nih pulak, tak payah la buat tak tahu je. mentang-mentang si A nih ketua. faham? bahagi-bahagi kerja.

ambik! dah 13. banyak je lagi. adoi. tak larat dah En Tapi. nih kira macam basic-basic lah. lebih-lebih lagi untuk gouping. its more on grouping. kalau dah buat semua nih macam mana boleh dapat A? haha.. 

ingat, akan ada penilaian rakan-rakan. akan ada persoalan akan 'macam mana kumpulan kamu?' ok? haha. mungkin ada yang bernasib baik boleh berkumpulan dengan rakan baik. sampai suatu masa. u have to face with whatever kind of people. wait and see.

seriously, tulah cabaran dalam studio. markah melibatkan kita dan orang lain. dan bukan semata-mata kita study kat bilik hafal-hafal dan jawab. bukan. bukan. haha.

secara simple dalam studio kalau nak jadi antara yang terbaik dalam kalangan terbaik:

  1. bekerja ke arah kesempurnaan (towards perfectionist, not be perfectionist)
  2. selalu motivasi diri dan rakan kalau down
  3. tanggungjawab pada tugasan dan kumpulan
  4. pengurusan masa yang betul dan tepat
  5. fahami orang lain dan bukan diri sendiri sahaja
  6. sentiasa nego dan nego sesama kawan (perbincangan)
  7. penting! buat kerja studio perut tak boleh kosong. harus ada kerepek-kerepek dan air kotak. hehe.
  8. online-online jugak, report jalan!
  9. bersahabat baik dengan google translate.
  10. sentiasa mantapkan kemahiran teknikal, at least ada lah (autocad, gis, map info, skechup, photoshop, illustrator, word, excel, power point)
  11. bersaing secara sehat kalau ada persaingan antara kumpulan-kumpulan.
  12. dengar nasihat lecturer dengan justifikasi yang betul. (kalau lecturer yang layan kepala dia sahaja, anda layankan sahaja.)
  13. paling penting, solat tak payah nak tinggal-tinggal. walau duk studio sedap, sampai masa, solatlah. sesungguhnya, duduk bilik lagi sedap. hehe.
ok. dah la. En Tapi dah penat mengarut pasal studio nih. haha. 'ko taip banyak-banyak nih, ko dapat A x?' haha. tak perlu En Tapi jawab. sebab kalau  cara nih tak membantu pun ada je dapat A. jika itu rezeki dia.

ingat. ucaplah 'tak apa, dah rezeki dia dapat A' jika anda merasakan pada suatu masa dia sebenarnya tidak layak. dan mungkin rakan-rakan lain lebih harus menerima. cuba lagi.

p/s: aku cerita berdasarkan sumber 8 kali studio dan 2 kali praktikal. planning itu indah. selamat berkongsi jika rasa berguna. hehe. 


Comments
2 Comments

2 comments:

Anak Tajul Molok said...

BETUL!

En Tapi said...

oh!! ade yg menyokong! yeah! sy baru2 je nih kak! haha.. your blog will be appear at the side.. tq btw.. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...