Blog Fendi Islam: 9 Patah Alasan Hak Aku! Bukan Aku Kacau Kau Pun!

G.E.N.G

July 21, 2012

9 Patah Alasan Hak Aku! Bukan Aku Kacau Kau Pun!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hahai. arinih dah 1st ramadan. kena pulak hari orang cuti. masa nih la rakyat malaysia nak keluar. macam2 ragam. ya. aku pasti. macam2 ragam. ada yang nak gi jalan2 shopping baju raya. tak kurang jugak yang gi dating.

anda2 merancang dengan apa? duduk saja2 kat rumah? ke dah tengah bakar biskut? atau juadah puasa? pada yang bakal berniaga petang nih, semoga anda sentiasa dimurahkan rezeki.

al kisah aku nak kongsi, ya, dalam2 syiok duk shopping2 dan dating, mungkin ada yang merasakan, "lantaklah, hak aku, aku tak kacau sapa2 pun.." pandai dia jawab. tapi bila ditanya kenapa anda puasa?

Si A : awak puasa?
Si B : yela saya puasa..
Si A : kenapa awak puasa?
Si B : bodohnya awak..kan Allah suruh puasa, saya puasa lah..
Si A : alhamdulilah.. tapi kenapa awak tak tutup aurat?
Si B : eh, suka hati sayalah..tu hak saya,hak masing2..
Si A : owh..tapi kan Allah yang suruh kita tutup aurat..

''janganlah menjadi hamba kpd puasa semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada Allah swt. semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang sentiasa dekat dengan hidayahNya di bulan tarbiah dan penuh berkat serta rahmat ini''

dialog tuh aku ambik dari perkongsian di facebook. rasa tertarik dengan alasan orang zaman sekarang. aku sendiri merasakan alasan sentiasa berlegar dalam diri manusia dan termasuk aku. sehingga kita menghalalkan cara.

mana boleh gitu. jom kita try fikir balik sejenak. apa betul kita lakukan setiap geri dan langkah kerana Allah. sebagai contoh lain, kita menderma dan niat kerana mengikut suruhan Dia, tapi bagaimana pula suruhan Dia menutup aurat?

sejenak anda2 yang baca penulisan ini, mari kita nilai diri kita sendiri. dan usah nilai pada orang lain. sebaliknya, ambil pengajaran dari orang lain. menjadi lebih balik bukan sukar tetapi sukar jika kita takutkan perubahan itu.


Comments
2 Comments

2 comments:

Dkna Abza said...

salam ramadhan dari dkna..

kita doakan mereka yang belum menutup aurat dapat hidayat pada bulan yang muia nie :)

Unknown said...

cik adylia: insyallah.. amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...