Blog Fendi Islam: 'Aku Tahu Salah.. Aku Cinta Kau Bukan Dipaksa'

G.E.N.G

July 11, 2012

'Aku Tahu Salah.. Aku Cinta Kau Bukan Dipaksa'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


sungguh Adam diciptakan untuk berpasang-pasangan sesama manusia iaitu Hawa. bagaimana pula boleh menjadi hal cinta sejenis. makin hari semakin risau dek harus pembangunan yang menonjolkan perlbagai jenis sosial.

perasaan cinta dan sayang antara manusia memang bukan sesuatu yang boleh dipaksa. namun, jika ada berputik cinta sejenis, abaikanlah dengan segera. usah biar diri anda terjebak dengan perkara begini.


tidak kira jejaka sesama jejaka mahupun gadis sesama gadis. cintai dan sayangi sekadar perbatasan manusia dan sesama saudara yang diizin Dia. ingatlah, jika jauh dari landasan keredhaanNya:
  1. sungguh ia tidak bawa kemana-mana.
  2. sungguh ia merugikan cinta dan air mata.
  3. sungguh ia nafsu semata-mata.
  4. sungguh ia dimurka Dia.
  5. sungguh ia membawa derita.
  6. sungguh ia cinta yang buta.
  7. sungguh ia mainan dunia.
  8. sungguh ia perkara sia-sia.
  9. sungguh ia tiada penghujungnya.
  10. sungguh ia dilaknat Dia.
cintailah seseorang yang halal bagi kita cintai. namun, berkasih sayang sesama manusia mahupun sesama jantina masih dalam perbatasan yang betul dan tidak dengan nafsu seks semata-mata mahupun keinginan berahi.

jauhilah perkara yang sememangnya tidak diterima akal dan fikiran manusia dengan mencintai kaum sesama jenis dengan maksud yang lebih daripada mencinta fitrah ciptaan Dia. sedia ada indah dan teratur.

mudarat dan sengsara sememangnya menjadi penantian buat sang pencinta sesama jenis. jika masyarakat menggelarkan mereka adalah manusia juga dan harus diterima masyarakat, tidak sama sekali oleh Dia. dia melarang perkara ini.

ikuti pada apa yang lebih kita perlu ikuti dan bukan dengan alasan tersendiri. sungguh tiada satu pun matlamat yang boleh menghalalkan apa-apa bentuk cara. ia semua kerana nafsu. ya. ia kerana nafsu.

sumber: rentak artis


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...