Blog Fendi Islam: Jadikan Kami Suami Yang Soleh

G.E.N.G

July 12, 2012

Jadikan Kami Suami Yang Soleh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


selamat pagi. hari nih bersyukur, dapat khabar berita seorang rakan sekolah alam shah aku bakal kahwin. wiwit. hehe. semoga berbahagia untuk dia. makin hari, makin ramai mengatur langkah ke alam perkahwinan.

aku bila? hehe. jika ada jodoh, akan dipertemukan suatu hari nanti. aku pegang pada itu. ketentuan Dia adalah sebaik2 perancangan. amin. dan aku teringin nak berkongsi bagaimana menjadi seorang suami yang soleh.

insyallah. mana2 jejaka yang bakal mendirikan rumah tangga memang mengimpikan menjadi yang terbaik buat isteri, keluarga, anak2 dan saudara mara. sudah tentu tidak menjadi yang dayus.

tapi, susah sangat ke nak jadi soleh? tak semua orang boleh jadi soleh ke? layakkah kami menjadi soleh? bagaimana kami boleh menjadi jejaka yang soleh?
  1. Kami takut kepada Allah swt.
  2. Kami mengerjakan solat 5 waktu sebagai keutamaan kami.
  3. Kami membimbing isteri untuk berlaku solehah.
  4. Kami amat taat kepada Allah swt.
  5. Kami mengutamakan urusan kepadaNya melebihi perkara yang lain.
  6. Kami memastikan isteri dan anak2 menutup aurat.
  7. Kami berkerja mencari rezeki yang halal.
  8. Kami jadikan masjid rumah kedua kami.
  9. Kami tidak hidup bermewah-mewahan.
  10. Kami bersederhana dalam banyak perkara.
  11. Kami jatuh dan kami bangun semula.
  12. Kami mampu menjadi imam buat keluarga.
  13. Kami menasihati dan memberi teladan yang baik.
  14. Kami mudah berkomunikasi dan dibawa berbincang.
  15. Kami tabah dan kuat dalam segala cabaran dan dugaan.
"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui."

amin ya rabb. sudah tentu aku sendiri masih belum memenuhi langkah menjadi jejaka yang soleh. sungguh aku sendiri masih belajar. dan aku cuba berkongsi.

kepada rakan2 dan siapa2 yang bakal melangkah ke alam perkahwinan, bersiap sedialah anda mengharungi liku perjalanan hidup yang lebih mencabar namun ada nikmat kemanisannya. Barakallahu lakuma..


Comments
1 Comments

1 comments:

mieza said...

Amin.
semua org mengimpikan jadik seorg yg soleh dan solehah..
hrap2 kte semua mampu mencapai tahap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...