Blog Fendi Islam: Saya Bagi Hadiah Mahal, Tetiba Awak Nak Tinggalkan Saya?

G.E.N.G

July 28, 2012

Saya Bagi Hadiah Mahal, Tetiba Awak Nak Tinggalkan Saya?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


hoih! duit bukan segalanya. bukan segalanya. ya! bukan segalanya. banyak lagi benda2 yang penting perlu ada dan dibuat dalm hidup.. tapi zaman sekarng kalau tak ada duit, tak payah cakap banyak. ya ke?

dan duit boleh beli cinta si gadis? hewhew. bagaimana tuh? er:
  • jejaka: besday awak nanti, awak nak apa?
  • gadis: saya nak bulan dan bintang..
  • jejaka: kalau saya hantar awak ke bulan?
  • gadis: saya tak nak.. nanti saya jauh dengan awak..
  • jejaka: awak sayang saya?
  • gadis: saya sangat sayang awak..
  • jejaka: nah.. nih untuk awak..
  • gadis: besarnya teddy bear nih..
  • jejaka: heee..
  • gadis: kenapa besar sangat?
  • jejaka: awak tak suka?
  • gadis: saya suka.. awak terlalu baik dengan saya..
  • jejaka: demi awak..

hehe.. nih masa awal2 kan? lama2.. dan saban tahun..:
  • jejaka: awak! pejam mata..
  • gadis: kenapa awak?
  • jejaka: ala, pejam lah dulu.
  • gadis: ya.. baik..
  • jejaka: sekarang bukak..
  • gadis: awak.. nih untuk saya?
  • jejaka: ya.. untuk awak.. senang untuk awak ke kelas.. belajar..
  • gadis: baiknya awak.. kenapa awak buat semua nih..
  • jejaka: sebab saya sayang awak..
  • (sambil2 mereka berdua menaik suzuki swift pemberian jejaka..)

seminggu selepas:
  • jejaka: helo awak.. awak kat mana tuh?
  • gadis: oh, saya sibuk, kena pergi site, kat melaka.. (sedang bergembira dengan teman2 baru menaiki kereta..)
  • jejaka: oh. bila awak balik?
  • gadis: tak pasti lagi. nanti sy call awak balik..
  • jejaka: baik. call tau..
  • gadis: ya.. baik.. (malas nya nak layan..)

sebulan selepas:
  • jejaka: helo awak.. kenapa awak tak call2 saya langsung pun..
  • gadis: saya sibuklah. saya rasa elok kita berjauhan.
  • jejaka: hah? apa awak cakap nih?
  • gadis: ya, saya rasa kita tak serasi.
  • jejaka: kenapa awak cakap macam tuh?
  • gadis: sebab saya dah tak sayang awak..
  • jejaka: awak dah berubah lepas saya bagi awak kereta..
  • gadis: saya tak pernah mintak. awak yang bagi..
  • jejaka: (speechless..)

sweet tak dapat kereta wahai gadis? nak cam nih jugak ke? atau nak demand kereta yang gempak lagi? hahai. bagi aku ini bukan percintaan. ini bukan kasih sayang. inilah kehambaan dalam percintaan sesama manusia. 

hingga leka cinta tuh diperlaku. kesian2. mintak jauh dari aku. kalau jejaka sering menabur cinta dengan nilai kebendaan, ingatlah, ia tidak kekal, makin berkurang nilai wang yang anda ada, makin berkurang kasih sayang si dia.

tidak salahkan gadis atau sesiapa jika materialistik. tapi itu tetap hakikat. cuma yang tahu mengawal dan menghargainya dan bukan menjadikan ia perkara utama layak diperisterikan. insyaallah..


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...