Blog Fendi Islam: Maksud Status-Status Di Facebook

G.E.N.G

July 19, 2012

Maksud Status-Status Di Facebook

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


haih. lapar2. <----- nih dah kira status lah kan? kuang2.. tapi nih kat belog. lain cite. nih kalau kat facebook. memang biasalah kalo duk update setiap 30 minit tuh. tak payah la benci2. like je.

tapi setiap status tuh ada maksud. tahukah anda? haha. ya. ada maksud. dari soal lapar, perasaan, sakit, suka, ada di mana, dan apa2 sahaja. hee. facebook nih dah memang fenomena.

"selamat pagi facebooker.."
kalau macam nih, nak bagitahu kat kawan2 yang dia dah bangun pagi. dan dia dalam keadaan yang gembira. tanpa masalah. hehe.

"selamat malam. tidur dulu ya semua.."
ha. kalau macam nih, konpemlah nak bagitahu dia dah nak log out. dan dan nak tidur sekali. nanti dapat lah komen 'bye2', 'baca doa dulu', 'basuh kaki dulu' dan sebagainya.

"laparnya.. adoi.."
ini menandakan dia seorang sahaja yang lapar dalam dunia nih. hehe. orang lain semua kenyang. dan sebenarnya, dia nak ajak orang lain makan sama.

"saya cinta awak seorang.. sampai bila"
haa. kalau yang macam nih, dia tengah syiok feeling. ye lah. mana tak nya. hubungan cinta dia paling bahagia. memang tak ada orang lain dah dia cinta.  duk layan cinta ngan kapel dia je.

"heading to cameron highland." 
yang nih mestilah nak bagitahu kat semua orang ke mana lokasi dia. dia tengah nak bercuti kot. so, nak bagitahu lah betapa gembira dia pergi ke cameron highland tuh. orang lain tak dapat buat macam dia buat.

"sakit hati gila dengan mak cik kedai tuh. entah reti buat keje ke tak!"
haaa. kalau jenis macam nih pulak, sah2 la pemarah. dia bukan penyabar orangnya. dan juga dia seorang je selalu buat kerja betul dan tak pernah silap.

"mari solat.."
dia mahu mengingatkan diri dia dan juga kepada orang lain. sebab mungkin ramai yang khayal dan leka dengan facebook. bila ada yang terbaca, mengingatkan pada seseorang yang dia belum solat.

"pergi kau dalam hidup aku.."
kalau jenis macam nih, dia segan dan malu sebenarnya nak bagitahu depan2. dia update la status. yang yang sepatutnya mesti tahu dan dapat agak status tuh untuk siapa.

"mana pulak hilang seluar dalam aku?"
haha. kalau yang macam nih, nampak sangat yang dia seorang pemalas. dan mungkin juga sedikit rabun. dan dia menganggap dengan post kat status, akak promoter jusco akan belikan seluar dalam baru untuk dia.

"kau seorang paling pandai.."
status nih agak nak muntah kalau baca. haha. sebab macam dia sorang lahir2 dah pandai gila. semua orang belajar beb. anda patut membetulkan kekurangan anda dan bukan menyindir.

"aku kecewa. sedih sangat."
haih. kalu yang nih pulak, memang kena sampuk bunia. kecewa dan sedih? lepas tuh akan ada lah fren2 yang suruh sabar dan tabah hati. padahal si dia tengah duk karaoke kot. tak ada nya nak sedih2.

"lebuh raya karak jem. sila atur perjalanan anda dengan bijak."
ha. jenis macam nih dia nak bagi info pada semua. harap2 dia tak tipu. bila ada orang yang baca, secara tak langsung boleh mengubah perancangan perjalanan seseorang itu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hahai. walau apa pun jenis status, tak kisah lah. tak payah kita nak mencemuh, atau mengeji. mudah je, kalau like, klick like, kalau tak like, baca dan abaikan. mudahkan? nih nak komen2 lah bagai. 


tak salah bagi pendapat. usah dek kerana facebook, musnah persaudaraan dan persahabatan. zaman makin canggih, pertimbangan manusia perlulah juga makin beriman. insyallah.


Comments
2 Comments

2 comments:

ZWAN SABRI said...

Sungguh berhati hati bila nk update status fb..t akut disalah tafsir.. ;)

Unknown said...

en zwan: erm.. ya.. tapi, updatelah dengan kebaikan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...