Blog Fendi Islam: 'Jujur Aku Dayus'

G.E.N.G

July 11, 2012

'Jujur Aku Dayus'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


lelaki yang dayus tidak akan masuk ke syurga. Nabi Muhammad saw bersabda dan ertinya: 

"Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : 
  1. si penderhaka kepada ibu bapa, 
  2. si perempuan yang menyerupai lelaki dan 
  3. si lelaki DAYUS" 
(Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih: Ghayatul Maram, no 278)

tahukah anda apa itu dayus? hahai. aku teringat pulak bualan2 dalam movie2 melayu. konon2 belum berkahwin pun lagi. tetapi, 'u jangan nak jadi jantan dayus, u kena tanggungjawab dengan apa yang u dah buat..'

setelah aku belajar dan aku cuba berkongsi, bagaimana seorang gadis jika di alam realiti dan bukan lakonan boleh melontarkan kata2 yang sebegitu? tidak patut. sungguh dia bukan yang halal bagi jejaka itu.

jejaka dayus sebenarnya adalah insan yang kadang2 ada alasan sendiri untuk menjadi dayus? namun sedarkah seorang jejaka itu bahawa dia telah berlaku dayus? ya, tidak semua manusia tahu dia adalah dayus.

jejaka yang dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain. 

ya. itulah pengertian dayus yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. tidak perlu lagi dayus dihukum dengan mudah tanpa ilmu pengetahuan. diharap perkongsian ini, anda2 dan aku sendiri lebih memahami.

sumber: iluvislam


Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...