Blog Fendi Islam: 'Awak Dah Sebabkan Saya Berzina'

G.E.N.G

June 10, 2012

'Awak Dah Sebabkan Saya Berzina'


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


'cinta tuh mana boleh tak serius. kenalah serius. kalau tak, nanti manalah nak yakin dengan rasa cinta pada pasangan nih.' oh! En Tapi tak kata. tapi banyak pemikiran yang begini bukan?

kadang2 kita terlupa. En Tapi pun terlupa. bila membaca kembali dan membuat kajian, zina hati yang sering kita lupa. subhanallah. sungguh syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan hambaNya dalam apa cara sekalipun.

Dia berpesan bukan jangan berzina. akan tetapi:

Allah telah berfirman dalam Surah Al-Isra' ayat 32 :
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”

ya! jangan mendekati zina. mendekati. mendekati. dengan hanya mendekati pun dah salah. En Tapi pun pernah alpa. berzina dengan hati. merindui dan mengingati pun dah kira berzina? astagfirullah..

bagaimana dengan yang lain pula? zina juga boleh berlaku dengan:
  1. Mata boleh berzina dengan melihat..
  2. lidah boleh berzina dengan bercakap..
  3. telinga boleh berzina dengan mendengar..
  4. tangan boleh berzina dengan berpegangan..
  5. kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat..
  6. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia..
sungguh yang buruk dari saya, dan yang baik dari Dia. sekadar berpesan. tingkatkan diri dengan usaha ke arah kebaikan. tidak salah berkawan. mengingati kawan. dan dengan kawan boleh jadi yang halal suatu masa nanti.


usah terlalu sayangkan dunia.


Comments
3 Comments

3 comments:

MissRI said...

InsyaAllah.. =)

En Tapi said...

cik missRi: baik..

MissRI said...

=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...