Blog Fendi Islam: 'Dia Soleh.. Tapi Aku Minah Saleh..'

G.E.N.G

June 16, 2012

'Dia Soleh.. Tapi Aku Minah Saleh..'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


"Aku menyintai org soleh, dan aku bukn dlm kalangan mereka, mudah mudahan dgn menyintai mereka aku beroleh syafaat.."

mendapat respon dan permintaan untuk melakukan sesuatu pada pernyataan nih membuatkan aku terasa untuk mengulas sedikit akan pendapat dari lubuk hati aku yang kerdil ini.

jika seseorang telah tahu dia mencintai orang yang soleh, tidak kira mahupun solehah, dia telah sedar akan keimanan yang turut harus dia tanam dalam diri. walau secara tidak langsung, ya, seseorang itu telah terasa syafaatNya.

apa yang difahami dengan syafaat? syafaat nih bila seseorang dah sedar akan dosa dan silap yang dia lakukan dimohonkan pula keampunan serta doa. ia adalah sinonim dengan memohon keampunan dan doa agar diberkati oleh Dia.

berdoalah:


"Ya Allah, aku jatuh cinta dan labuhkanlah cintaku kepada insan yang mencintaiku keranaMu dan aku juga mencintainya keranaMu.."


insyallah, mudah-mudahan dengan mencintai seseorang ini, beroleh syafaatlah golongan ini. belajar setiap segala nilai positif yang ada dalam proses mencintai itu.

memang agama kita sentiasa membuka dan memberi ruang untuk setiap yang sedar kembali pada pintu taubat. tiada pintu yang lebih luas melainkan pintu taubat. dan berusaha untuk tidak melakukan silap yang lalu.

insyallah. maka bertemulah Dia yang Soleh dan Aku yang Solehah. amin..


Comments
2 Comments

2 comments:

Adylia Qarissa said...

ammmiiiiinnn....

Allah dah tetapkan pasangan kita yang sebaliknya dari sifat kita supaya kita saling melengkapi antara satu sama lain...

En Tapi said...

cik adylia: betul tu.. saling melengkapi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...