Blog Fendi Islam: Coret Untuk 'Bekas' Kawan

G.E.N.G

June 7, 2012

Coret Untuk 'Bekas' Kawan


as'salam.. anda ada kawan? gadis atau jejaka bukan soalnya. opkos mesti ada. sedangkan saudara seislam pun adalah kawan dalam hidup kita dan juga lain2. macam mana kita berkawan tu lah yang membawa pada gaya persahabatan.

'terima kaseh pernah jadi kawan aku'. insyallah mudah untuk anda menerima jika anda menjadi bekas kawan. atau kawan anda yang menjadi bekas kawan. kuncinya adalah fikir positif.

dan kenapa bekas kawan? kita kena ingat jugak, kalau semua yang kita kenal kita anggap kawan, tak mustahil suatu masa orang lain yang tak sama pemikiran dengan kita boleh buang kita sebagai kawan dalam hidup dia.

mungkin mulanya salah kita. tapi makin lama kita anggap dia sebagai kawan biasa. dan tidak serapat dulu. tapi itu bukan bermakna benci. ada kepentingan yang mendorong kalau kita bertindak begitu.

namun, kalau kawan yang dah ada rasa benci kembali, mungkin bila2 masa sahaja kawan tersebut boleh buang kita. dan mungkin menjadi lawan. ayuh! mari bertindak ikhlas kerana Allah.
  1. terima dengan hati terbuka. 
  2. tetapkan dalam hati anda bukan berniat memutuskan persaudaraan.
  3. niatkan hati anda cuma ingin jauh dengan bekas kawan tersebut dan bukan buang dalam hidup.
  4. berdoa untuk dia yang telah buang anda dalam hidup anda.
  5. mohon halal segala makan minum.
  6. anda tidak perlu ego kembali. usah membalas dengan ego.
  7. neutralkan keadaan. buat2 biasa sahaja. 
  8. biarkan sampai masa dia yang terbuka pintu hati untuk menerima anda kembali walhal sebagai kawan biasa. anda terima sahaja.
  9. tak perlu panjangkan pergaduhan. diam lebih baik.
  10. matang dan fikirkan masa depan.
ok. moga dapat berkongsi. kalau anda rasa tak boleh nak amal. atau anda rasa anda ego, ingatlah mati. insyallah kuranglah rasa ego. 

kita tak boleh merubah seseorang mengikut jalan kebaikan yang cuba kita lalui jika dia tetap memilih jalan yang dibina sendiri. haluan berbeza.


Comments
2 Comments

2 comments:

DilaMilin said...

Sy ada 'bekas kawan'. Sy dah maafkan dia. Tapi dia tak maafkan sy. So?? huhuhu..

En Tapi said...

cik dila: ambik step 10.. hehehe.. ><

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...