Blog Fendi Islam: Taat Gadis Bukan Pada Nama, Tapi Indah Maksudnya

G.E.N.G

June 16, 2012

Taat Gadis Bukan Pada Nama, Tapi Indah Maksudnya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


bangun je pagi tadi before subuh teringat yang aku mimpi meriba seorang bayi. hahai. comel gila. apakah mimpi ini permainan tidur. fitrah manusia. mungkin ada pesanan disebalik itu.

comel je bayi tuh menguap2. aku menutupi mulutnya dengan sejari aku. lena dia dalam ribaan aku. tidur nyenyak. nih la tanggungjawab namanya. tanggungjawab pada isteri dan anak.

namun, bercakap soal isteri, taatnya seorang isteri bukan pada nama semata-mata. tapi ia indah pada maknya. sangat indah. 

seorang gadis yang dinikahi oleh seorang jejaka sememangnya menjadi tanggungjawab jejaka tersebut dalam soal mendidik dan menjadikan gadis tersebut solehah dan wanita syurga.

ketaatan seorang yang bergelar isteri memang indah dalam rumah tangga. berseri2 teratak mahligai masjid yang dibina. disertai pula dengan tangisan 

'Wanita yang taat berkhidmat pada suaminya akan tertutup tujuh pintu neraka dan terbuka tujuh pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang dia sukai dengan tanpa hisab'
  1. Solat dan Puasa
    Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”
  2. Perhiasan
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”
  3. Bau-bauan
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”
  4. Aurat
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”
  5. Bau Syurga
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”
  6. Keberkatan
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”
  7. Anak-anak
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”
  8. Bersalin
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”
  9. Pakaian
    Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”
sumber: Olahan Wanita Sihat

wah. teruja aku baca semua nih. indah2. berat sungguh tanggungjawab itu. tak payah nak anggap mudah. tapi renungkan. bukan kahwin tangkap muat En Tapi oi. semua tanggungjawab atas kita selaku jejaka.


Comments
4 Comments

4 comments:

Adylia Qarissa said...

kaum hawa adalah golongn yang paling senang masuk syurga jika ikot apa yang telah diperkatakan dalam sunnah tapi kaum nie yang ramai masuk neraka..semoga hari-hari mendatang membawa kita ke jalan yang diredhai :)

En Tapi said...

cik adylia: insyallah.. amin..

Anonymous said...

^^,V

En Tapi said...

cik anony: peace!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...