Blog Fendi Islam: Nak Sangat Kahwin! 20 Langkah Sama-sama Susah Dulu

G.E.N.G

June 13, 2012

Nak Sangat Kahwin! 20 Langkah Sama-sama Susah Dulu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


seharian duk buat kerja amal. haha. masa nak blogging pulak. sembang pasal topik kahwin, macam2 idealogi akan terima. haha. ada yang kata kerja dulu, ada yang kata kahwin terus dan macam2 lagi. hahai.

bagi aku, kalau lah kahwin dulu sebelum dapat kerja yang stabil ok tak? bahagia tak? nak ke gadis tuh kalau macam nih keadaannya? hahai. aku tak rasa nak. tapi tak tahu lah.

so, lepas kahwin sama2 susah dulu? pastu baru dimurahkan rezeki? ya. insyallah. dengan izin Dia, murah rezeki lepas kahwin nih. namun, zaman sekarang, mak bapak mana senang2 nak izin. hehe.
  1. bangun pagi, solat sama2.. (yang jejaka jadi imam..)
  2. pastu sama2 ngaji.. sama2 ngaji berlagu.. (subhanallah.. syiok kan..)
  3. then, buat breakfast sama2.. yang gadis rebus ubi.. yang jejaka bancuh kopi.. (sweet..)
  4. sudah breakfast layan malaysia hari ini kejap. tengok tv kejap.. (tengok sama2lah..)
  5. then, baca surat khabar.. yang gadis baca petua2.. yang jejaka baca isu terkini.. (hahai..)
  6. lepas tuh, kemas2 rumah. yang gadis menyapu.. yang jejaka mengelap. mulakan yang dalam rumah dulu..
  7. bila dah lewat pagi sikit, yang jejaka basuh kereta, yang gadis siram bunga. (main sembur2 air pulak. mana tak jeles rumah sebelah.. hehe.)
  8. nak masuk tengah hari dah. sama2 ke dapur. time masak2 lah pulak. sama2 masak lah. goreng ayam. goreng ikan. goreng sayur. buat kuah sikit. makan berdua. 
  9. solat zohor sama2 pulak. lepas tuh tengok tv. cite industan ke. tak payah amal tido siang2 walau dah kahwin sekali pun. 
  10. kalau perlu keluar cari barang dapur, keluarlah time2 macam nih.
  11. dah nak asar tuh, solat dulu.. solat sama2 lagi.. then, masuk dapur. main masak2 lagi. kali nih buat kudapan petang.. pisang goreng.. cucur bawang.. pas kat jiran sikit. (alahai.. sweet lagi..)
  12. then, kalau tak masak petang2, silalah ke pantai. atau riadah sikit, bawak gadis jogging. time nih nak sehat dan fit bersama2. nikmati alam sekitar.
  13. dah nak dekat maghrib, sedia untuk solat maghrib lagi. dah habis solat, ngaji lagi. zikir2 sikit. dan mesti buat slot sembang2 pasal agama dengan gadis. saling kongsi idea. sebelum tunggu isyak.
  14. dah masuk isyak solat dulu.
  15. pastu, kalau petang tadi tuh tak makan lagi, lepas isyak makan lah sikit. tak payah banyak2. mee rebus sayur malam2 pun ok.
  16. sambung rehat dan tengok tv.
  17. ataupun layan facebook dengan gadis. (hahai) 
  18. reply lah komen2 'macam mana hidup dah kahwin sekarang?'. haha.
  19. dah dekat2 pukul 10-11 malam, masuklah tidur. sebelum tidur, ajak gadis ambik wuduk.
  20. lepas tuh, berceritalah apa2 teladan lagi sebelum tidur. saling memaaf sebelum tidur.
ha. dah habis dah. tak payah nak gelak. just read! haha. insyallah. kalau diamalkan cara macam nih, ada lah sinarnya dalam rumah tangga. nih lah aktiviti ketika hari minggu.

macam2 lagi boleh buat ekceli. nih cuma umum sahaja? tak umum? dah detail? entah. macam umum ja.


Comments
6 Comments

6 comments:

NadiRah said...

x sabarnye nak jadi cm tu..
ahahahahhaha~

En Tapi said...

cik nadirah: sila bersabar. soal jodoh Dia dah aturkan.. ><

"Salam Ukhuwahfillah" said...

nice post

En Tapi said...

cik salam: tq.. just share..

Badrul Hisham said...

Yg menulis tuuuuu.....bila lg....???

En Tapi said...

en badrul: hehe.. bila jodoh sampai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...